May 19, 2016 - 6

[BERITA FESYEN] Pelancaran Kempen ‘We Are Original’ Kongsikan Pengalaman Bersama Levi’s®

Levi’s® melancarakan kempen global terbaru iaitu ‘LIVE IN LEVI’S®’- ‘WE ARE ORIGINAL’...

Levi.jpg
Jenama pakaian jean terkenal, Levi’s® melancarakan kempen global terbaru iaitu ‘LIVE IN LEVI’S®’- ‘WE ARE ORIGINAL’. Kempen ini diadakan bertujuan melibatkan serta mengaktifkan komuniti global peminat Levi’s® untuk berkongsi pengalaman mereka bersama Levi’s® . Selain itu, kempen ini juga meraikan seantero dunia menyemarkkan semangat “Lives in Levi’s®’ melalui gabungan penceritaan dengan media sosial pada skala global. Selaras dengan matlamat menyokong usaha asli dan tulen, WE ARE ORIGINAL’ merakamkan kuasa kolektif individu yang berbeza-beza dengan pengertian unik mereka dalam menggayakan pakaian denim. 

Bersempena ulangtahun Levi’s® 501®, Pelancaran Kempen ‘We Are Original’ di Malaysia menampilkan barisan tokoh tempatan daripada pelbagai bidang, pelopor denim termasuk kakitangan Levi’s® Malaysia dalam menghidupkan kempen ini. Anatranya bintang rock lagenda Amy Search, pemenang Asia’s Next Top Model Season 2 , Sheena Liam, rapper SonaOne, ahli gymnastik, Farah Ann, blogger terkemuka, Jane Chuck, penyanyi soul wanita, Najwa Mahiaddin, pasangan dinamik dari Jinnyboy TV, Jin Lim dan Rueben Kang juga jurufoto  terkenal, Chuan Looi,pelakon baru JC Chee, jurufoto Ridduan TTFGA, Bibo Aswan dan Vincent Paul Yong, pereka fesyen, Hatta Dolmat, blogger, Daphne Charice, usahawan, Roen Cian, bintang jazz, Poova, penyanyi juga pelakon, Soo Wincci, model juga pelumba basikal, Aaron Chan serta penyanyi juga penulis lirik You Tube,  Jenn Chia yang akan berkongsi kisah denim mereka di setiap medium media sosial. 

Amy-Search-2.jpg  Hatta-Dolmat-2.jpgNajwa-Mahiaddin-3.jpgSoo-Wincci-1.jpgSonaOne-2.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Levis