Apr 26, 2016 - 111

[EKSKLUSIF] Siapakah Joshua Fitton, Dalam Industri Fesyen Tempatan dan Luar Negara

Usaha gigih serta kecintaannya yang begitu mendalam terhadap dunia seni telah menyuntik keazaman yang tinggi buat jejaka kelahiran United Kingdom...

Joshua-2.jpg

Mungkin ada segelintir tidak mengenali siapakah lelaki ini, dia adalah pengasas bagi jenama fesyen terkemuka, Atelier Fitton. Usaha gigih serta kecintaannya yang begitu mendalam terhadap dunia seni telah menyuntik keazaman yang tinggi buat jejaka kelahiran United Kingdom ini tampil dengan jenama fesyen yang tersendiri - Tempatan Black. Kenali siapakah Joshua Fitton yang mencipta nama di dalam industri fesyen tempatan. 

NAMA: JOSHUA FITTON 
TARIKH LAHIR: 3. 3. 1987 
ASAL: UNITED KINGDOM 

Tiga perkara tentang Joshua? 
Mendapat gelaran ‘Google’ daripada rakan-rakan kerana saya obses mencari maklumat, suka melancong dan teruja setiap kali dapat melihat seni bina yang indah dan menakjubkan.

Gerobok fesyen? 
Saya selesa dan gemar dengan penampilan smart casual. Justeru, elemen itu yang saya terapkan dalam koleksi terbaharu Atelier Fitton kali ini.

Tidak boleh hidup tanpa? 
Keluarga dan telefon pintar saya!

Obses dengan? 
Gajah. Dari kecil, saya memang sukakannya. Bagi saya, gajah adalah ciptaan Tuhan yang sangat menakjubkan.

Destinasi percutian idaman? 
Saya suka pantai selain suka menyelam. Jangan tak tahu, saya ada lesen sebagai penyelam penyelamat.

Masa hadapan? 
Sepuluh tahun dari sekarang saya mahu lebih banyak berkarya, hasilkan produk berkualiti, mempunyai studio dan boutique house tersendiri dan membawa nama Atelier Fitton ke persada antarabangsa. 

MAHU DIKENALI SEBAGAI ARKITEK FESYEN... 
Pertama sekali, saya tidak akan memanggil diri saya sebagai seorang pereka fesyen, sebaliknya sebagai seorang arkitek yakni pereka yang terlibat dalam fesyen. Ini kerana latar belakang pendidikan saya yang mengkhusus pada bidang seni bina. Tesis yang saya hasilkan mengenai identiti tempat yang berkaitan dengan seni bina - bagaimana bangunan perlu mengintegrasikan elemen kawasan sekitarnya dan disesuaikan dengan iklim, budaya dan kegunaannya, sekali gus menyumbang kepada inti pati jenama yang saya hasilkan. Buat masa ini, Atelier Fitton adalah satu koleksi khusus untuk servis custom made buat penggemar fesyen. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.