Sep 03, 2015 - 14

[ESKLUSIF] “Gelaran Dato’ berkat usaha saya membantu klien.” – Dato’ Nadia Marni

Saya menerima pangkat darjah kebesaran daripada kerajaan negeri Pahang tahun ini. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing apa yang orang cakapkan mengenai saya...



Siapa Dato' Nadia Marni?
Saya masih berkhidmat dalam bidang guaman sebagai peguam di sebuah firma guaman milik rakan saya. Dahulunya saya mendapat pendidikan dalam jurusan Undang-undang di UiTM Shah Alam. Bapa saya, Mat Zin adalah bekas pegawai bank dan kini berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Penapisan Filem. Ibu, Karimah adalah surirumah sepenuh masa sejak saya kecil hingga kini. Saya adalah anak kedua daripada lima adik-beradik. Kini, jarang sekali saya turun-naik mahkamah kecuali apabila diperlukan sahaja. Kebanyakannya saya kendalikan kes-kes seperti masalah rumahtangga, sivil juga kes-kes yang melibatkan perundangan syariah. Dalam masa sama, saya turut meminati fesyen dan menceburi bidang ini dengan label saya sendiri iaitu Nadia Marni. Ia lebih kepada kerjaya sampingan dan sekadar hobi untuk mengembangkan minat yang ada.
NADIA-MARNI.jpg 
Jika ada yang bertanyakan apa yang anda tahu tentang fesyen sehingga bertindak menceburi bidang ini, jawapan anda?


It’s all about taste and just go with it. Fesyen itu sesuatu yang cantik dan saya suka melihat wanita kelihatan cantik dalam busana yang diperagakan. Saya tidak suka ulang pakai baju yang sama dan kebanyakan baju yang saya pakai cuma sekali itu sahaja saya sarungkan. Dan kerana itu saya perlukan pereka untuk mereka cipta pakaian saya. Saya juga adalah model untul label saya. Dan bagi melengkapkan penampilan, saya memerlukan jurusolek untuk menggabungkan elemen wow pada wajah agar sesuai dengan baju yang saya sarungkan.
 
Sering berpakaian seksi dan daring – adakah ia sememangnya gaya peribadi anda dan selesa dengan imej seksi atau bagaimana?
Itulah gaya peribadi saya tetapi tidaklah seksi tanpa mengira tempat. Ia bergantung kepada tempat dan mengikut kesesuaian majlis yang saya hadiri. Selebihnya saya selesa menyarung jeans dan baju-T sahaja untuk gaya seharian. Secara peribadi, saya tidak kisah jika ada yang melabelkan gaya saya seperti pelacur, seksi terlampau dan sebagainya. Syukur hingga kini saya masih menjalani kehidupan seharian dengan selamat dan tenteram. Tidak pernah menerima sebarang bentuk ugutan bunuh atau sesuatu yang ekstrem sehingga membahayakan nyawa saya atau keluarga.
NADIA-MARNI-SASA.jpg
Gelaran Dato', mungkin ada yang menyangkal bagaimana usia semuda anda bisa meraihnya. Kongsikan? 
Macam mana nak cakap ya? Saya percaya kepada soal rezeki. Mungkin berkat usaha saya membantu klien menyelesaikan masalah mereka, di situ Allah luaskan jalan buat saya. Saya menerima pangkat darjah kebesaran daripada kerajaan negeri Pahang tahun ini. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing apa yang orang cakapkan mengenai saya. Sama ada mereka tidak berpuas hati dengan saya, itu lain cerita. Selagi keselamatan keluarga saya tidak terancam, tidak mendatangkan bahaya kepada diri dan saya masih selamat, saya tidak kisah cakap-cakap orang mengenai saya. I couldn’t be bothered. Selebihnya saya hanya mampu ketawa sahaja jika saya terdengar cakap-cakap mengenai perihal diri saya. Masih banyak perkara yang harus saya fikirkan daripada mendengar komen negatif mengenai diri saya. Saya hanya usaha, redha dan tawakal. 
 
 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  nadiamarni