Feb 12, 2016 - 1

(TERBONGKAR!) Di Sebalik Kisah Kasut Kahwin Stacy Anam & Akim Ahmad Yang Anda Tidak Tahu

Ketahui rahsia di sebalik kasut Stacy & Akim ketika berlansung majlis perkahwinan mereka...

 IMG_0654.PNG

Kisah Sepasang Kasut Hantaran Akim & Stacy

 Teks: Yanna Husin
 
Saya sudah menganggap Stacy sebagai adik dan menjadi personal stylistnya lebih kurang tiga tahun. Sudah semestinya saya mahu lakukan yang terbaik pada hari bahagianya. Malah saya terfikir-fikir, apakah hadiah paling baik untu Stacy? Kerana saya juga membantunya membuat persiapan dari saat bermulanya penggambaran pre-wedding serta pemilihan barisan pereka. Semua itu bertitik mula dari majlis pertunangan hinggalah majlis persandingan. Memandangkan Stacy jarang sekali memakai heels, jadi saya cuba bertanya Stacy, adakah dia bersetuju jika saya ciptakan kasut kahwinnya sebagai hadiah eksklusif?
 
 Stacy menerima dengan hati yang terbuka malah berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana kesudian saya itu. Malah dia sendiri yang mahu salah satu kasut rekaan saya itu menjadi barang hantarannya. Hakikatnya, Akim dan Stacy lebih daripada mampu untuk membeli kasut berjenama hebat sebagai hantaran, tetapi untuk satu hari yang paling bahagia, dia mahu ada memori dan kenangan yang teristimewa.  
 
 Sudah tentu saya teruja untuk menghasilkan masterpiece bridal shoes ini buat kali pertama. Akim juga berbesar hati mahu saya menempahkan kasut formal untuknya, malah Akim juga mahu menjadikan kasut yang sama sebagai hantaran. Memandangkan kasut itu adalah hantaran Stacy buat Akim, maka sudah pasti Stacy mahukan sesuatu yang bersifat personal lagi eksklusif, bahkan punya cerita di sebaliknya. Lalu saya menempah khas kepingan pleated gold bulat untuk diabadikan pada bahagian tapak dalam kasut dengan stokin tertulis nama ROMEO Stacy x Akim, sebagai tanda simbolik terima kasih Stacy kepada Akim kerana menciptakan single terbaru untuknya sempena majlis perkahwinannya berjudul ROMEO. Lagu Romeo kini menjadi permintaaan pendengar dan sudah pun mula berkumandang di radio.


 
Bermulanya Proses Mencipta Kasut
Untuk kasut tumit tinggi pernikahan, saya memilih kombinasi rona putih dan emas pada bahagian tumitnya. Menaikkan seri, saya menggunakan perincian baru dan sekuin matte berpadu sama susunan butir-butir mutiara yang putih berkilauan.
 
Untuk sepasang kasut rona biru diraja pula, saya menciptakannya sebagai kasut hantaran, biar sepadan dengan dress biru ciptaan Raffiey Nasir untuk majlis resepsi yang berlangsung di Shangri-La. Mengapa biru? Pasti ada yang mahu tahu, apakah signifikan warna itu buat kedua-dua mempelai? Sudah tentu kerana kelainannya dan warnanya yang lebih terang menyerlah,  menaikkan seri hantaran. Proses kerja tangan untuk menyusun dan merealisasikan perincian kasut ini agak rumit. Ia mengambil masa yang agak lama. Untuk bahagian detailing sahaja, hampir seminggu diperuntukkan untuk memperhalusinya dan ia tidak termasuk proses asas untuk tujuan custom made. 
 
Kasut rona beige berperincian reben dengan jurai rumbai di bahagian belakangnya pula dipakai ketika majlis resepsi di Dewan Kebudayaan, di mana Stacy menyarungkan pakaian  tradisional Kadazan Sabah, dipadan bersama dress putih berperincian manik dan feather. Istimewa, sempat juga Stacy menari flashmob bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. Sayang sekali, tiada foto profesional merakam Stacy dalam persalinan indah kaya budaya ini. Demikianlah proses penciptaan kasut perkahwinan Stacy yang mengambil masa sekitar sebulan seminggu. Semoga kenangan ini berkekalan hingga ke peringkat anak-cucu Stacy dan Akim, itulah doa saya.
 
 
1.jpg3.jpg
 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.