Aug 19, 2015 - 3

[TRENDING] Bloger Malaysia Terkenal Di Amerika Syarikat Kongsi Rahsia Berjaya Di Negara Orang

penulis blog fesyen yang popular dari Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan lebih 250 ribu pengikut media sosial...

Heidi Nazarudin, Pengasas Blogger Babes – penulis blog fesyen yang popular dari Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan lebih 250 ribu pengikut media sosial  bekerjasama dengan Clozette, rangkaian sosial fesyen yang terkemuka di Asia Tenggara, melancarkan Blogger Babes Asia di Kuala Lumpur. Pelancaran ini menandakan bermulanya inisiatif Blogger Babes Asia Tenggara yang termasuk Singapura, Indonesia dan Filipina.
Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan Blogger Babes Asia dan memberi sumber pendidikan kepada ahli melalui kepakaran Heidi dan Blogger Babes yang luas dalam bidang kandungan, bersama-sama dengan penglibatan Clozette yang besar dalam bidang digital di Asia Tenggara.
unnamed-(3).jpg
“Menulis blog fesyen adalah pekerjaan yang dihormati dan mantap di Amerika Syarikat. Penulis blog membina identiti jenama mereka sendiri dengan teliti, yang membolehkan mereka terkenal di peringkat anatarabangsa,”
kata Heidi. “Saya ingin sekali melihat lebih ramai penulis blog Asia Tenggara mencapai status yang sama, dan saya yakin ini dapat dicapai, dengan bimbingan dan sumber yang betul”, tambah beliau. Dengan kerjasama ini, Heidi bertujuan untuk menggunakan rangakaiannya serta ilmu dan pengalaman yang diperolehnya bekerja dengan jenama yang terkemuka seperti Saks Fifth Avenue, Salvatore Ferragamo, Eitienne Aigner, Giorgio Armany Beuaty dan Max Mara untuk mendidik pereka fesyen dan penulis blog Asia Tenggara yang terkemuka. Bersama-sama dengan Clozette, Heidi juga akan membantu penulis blog yang bercita-cita tinggi – yang cuba untuk menjadikan menulis blog sebagai profesion mereka – dengan cara menyediakan bahan pendidikan dan bimbingan selaku mentor.

Clozette yang merupakan rangkaian sosial fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang terkemula di Asia menggabungkan kandungan dan komuniti bagi membolehkan pembina citarasa dan empunya jenama berganding bahu dalam usaha untuk memperluas capaian mereka. Hari ini, Clozette berbangga dengan rangkaian serantau para pendorong, pencipta dan penyokong yang merentasi lebih daripada empat kawasan dan enam negara iaitu Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Jepun – dan mempunyai perkongsian strategik dengan jenama seperti P&G, Estee Lauder dan Laneige.
unnamed-(2).jpg
“Kami mahu supaya penulis blog yang benar-benar berminat, sama ada penulis baharu atau yang sudah mantap, dapat mencipta kandungan yang berkualiti yang dapat dipasarkan tanpa melupakan matlamat mereka sendiri”, kata Kersie Koh, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Clozette Pte Ltd. “Dan kami mempunyai landasan yang sempurna untuk memperkasakan mereka supaya berbuat demikian,” tambah beliau. Dengan lahirnya Blogger Babes Asia, Clozette akan menyemarakkan lagi inisiatif pemasaran kandungan syarikat bersama-sama dengan kekayaan sumber Blogger Babes bagi memperkukuh komuniti penulis blog Asia. Lebih-lebih lagi, Heidi akan menasihati pereka dan peruncit tentang cara merapatkan jurang budaya dan menjadikan peralihan itu lebih berkesan.
 
“Saya yakin bahawa dengan latar belakang dan kemahiran saya sebagai ahli perniagaan dan penulis blog, saya bukan sahaja akan dapat memberi tunjuk ajar tentang jenama, malah akan dapat memberi pendedahan antarabangsa yang lebih dan kesederan jenama keseluruhannya’’ kata Heidi. 50 penulis blog Kuala Lumpur yang ternama, termasuk duta-duta Clozette menghadiri majlis pelancaran ini di Qliq Damansara Hotel Empire Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Penulis blog yang diundang ke majlis eksklusif ini akan menerima satu naskhah buku digital yang bertajuk “Pitch It”, karya Heidi Nazarudin secara percuma (benilai $39 atau lebih kurang RM150.00). Buku ini menerangkan tentang cara mendapatkan penajaan untuk blog.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: