Aug 07, 2018 - 360

Seutas Jam Tangan BONIA di Tanganmu Boleh Timbulkan Aura 'Luxe' — Ini Sebabnya yang Anda PERLU TAHU

BONIA kembali lagi bersama jam tangannya yang tidak pernah mengecewakan.

 

Oleh: Vee Mukhtaram

 

 

 

 

 

 

BONIA kembali lagi bersama jam tangannya yang tidak pernah langsung mengecewakan. BONIA BNB10455LE Limited Edition ini sajak untuk wanita yang mahukan galaksi pada pergelangan tangannya, jam tangan ini pasti mencuri tumpuannya.

 

Edisi terhad ini menawarkan rekaan letak dan bentuk yang bergaya, dan punya tarikan mewah luxe pasti menjanjikan mimpi jadi realiti kehidupan. Jelas sekali kala mereka untuk BONIA BNB10455LE, rasa cinta dan semangat. Ia hadir dalam tiga rona klasik berbeza untuk memuaskan selera penggemar jam-jam BONIA.

 

Material Mewah, Kemasan Indah

Tidak mahu ketinggalan dengan trend athleisure luxe kala ini, BONIA membiaskan rasa atletik itu dengan gelang jam keluli yang tahan calar bisa membalik sinar cahaya dalam warm glow. Seperti juga gelang jam keluli yang direka tanpa cacat-cela, bekas muka jam besi juga daripada material sama yang mewah amat dan disudahi dengan kemas sekali.

 

Jam BONIA BNB10455LE Edisi Terhad ini punya diameter 36mm. Ia juga tahan air sedalam 30 meter, tidak cukup dengan kelebihan itu, ia menggunakan pergerakan kuarza Jepun yang sangat tepat dan boleh dipercayai.

 

Cantik Gemerlap Kilauan Kristal Swarovski

Selain daripada teknologi dan mekanikal dalam pembikinan jam, Kristal Swarovski yang indah diletakkan pada dail jam sebagai penanda jam dan juga di sekeliling bekas jam. Kristal ini apabila dicantum sama dail berkilauan membalikkan sinar cahaya dalam setiap sudah dan arah yang mungkin.

 

Puas melihat keindahan jam tangan ini, terbalikkan ia dan lihat hasil karya pada belakang case, ia direka khs untuk sedondon sama tema bintang dan galaksi ini. Entiti astromoni telah diberi sentuhan embossed dengan bentuk planet, bintang dan komet yang berkilau.

 

Sebuah lambang kelas tinggi dan kemewahan, BONIA BNB10455LE hadir sebagai satu objek yang pasti didambakan wanita seantero yang menghargai jam tangan dalam kelas tersendiri ini. Kalian mahu menjadi seorang wanita yang mahukan galaksi dalam genggaman?

 

Dapatkan jam BONIA BNB10455LE ini pada harga RM2288 - RM2388. Seperti semua jam tangan BONIA pasca ini, ia boleh didapati di Butik Solar Time dan semua peruncit jam tangan seluruh negara.

 

Untuk melihat lebih banyak seleksi jam tangan menawan, layari www.adtime.com.my. 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.