Nov 07, 2018 - 79

12 Jenama Fesyen yang Mesti Miliki Musim Ini — Mungkin Anda Menjadi ‘Trendsetter’…

Rumah-rumah fesyen menandakan deras pada kalendar betapa vitalnya musim baru. Daripada pentas peragaan, kempen fesyen dan belakang pentas InTrend kicaukan yang paling mencuri fokus dan ilham.

 

 

 

 

Oleh: Vee Mukhtaram

 

 

 

Kredit foto: Gucci, Miu Miu, Dior 

 

 

 

 

1. PRADA ON ACID!

Mimpi Neon, Kempen untuk Musim Luruh/Sejuk Prada membalikkan kembali rasa daripada pentas peragaan. Melihat mainan rona-rona neon dan asid sebagai teraju utama. Kempen ini telah dirakamkan di Las Vegas ditemani ajnas lampu-lampu kalimantang terang benderang.

Amanda Murphy selaku peragawati membawa watak wanita malam yang tiada gentar.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur   

Laman Web: www.prada.com

 

 

 

 

 

 

2. EXIT/ENTRY DVF

Pasca peninggalan Jonathan Saunders daripada jenama asalan New York ini, Nathan Jenden mengambil alih tugasnya. Cetak Burung Kakak Tua antara visual yang paling penting dalam selekta ceraiian musim ini, daripada dress labuh, jumpsuit dan dress lapik signature jenama.

Pilihan palet rona lebih terang juga menandakan the new fall is here!

Lokasi: Suria KLCC   

Laman Web: www.DVF.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. CETAK LIAR PUCCI

Pucci dan their signature prints sudah bagaikan lali dan pasti dijangka tiba di pentas utama, kali ini ia dizahirkan dalam bentuk puffed-up jacket, quiled coat, cropped top, skirt kembang bulat dan pelbagai lagi.

Pucci juga tidak terlepas daripada trend turban ikat dan headgear seperti rumah-rumah fesyen yang lain, selain daripada jaket kulit dan dress malam yang jatuh cantik.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.emiliopucci.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. #MEANDMYPEEKABOO

Kim Kardashian, Kris Jenner dan North West hadir dalam kempen ulang tahun kesepuluh tas tangan jenama Fendi yakni beg Peekaboo. Kempen ini merakam tiga susur galur terkenal ini di Los Angeles tempat asal the famous Kardashian.

Visual yang lebih raw dan bersahaja menampilkan sisi berbeza mereka yang jarang dapat difoto. Such a beautiful family portrait.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.Fendi.com

 

 

 

 

 

 

 

5. MAKSIMUM MAX MARA

Max Mara kembali sama koleksi yang menampilkan heavy coats, kemunculan kulit dala bentuk skirt, top rendam warna dan juga aksesori utama. Cetak vital musim ini has got to be the leopard coats, kemeja T cetak ala bintang pop-rock dan shearling ditemani sarung tangan kulit tinggi melambangkan gaya hidup lebih anggun dan mewah sajak sama musim lebih sejuk.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur    

Laman Web: www.maxmara.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6. MICHAEL KORS COLLECTION KOOL

Jenama pereka terkenal American Sportswear asalan kota The Big Apple ini bermain ligat sama cantuman fabrikasi floral, genggang dan cetak leopard dalam look pertama yang turun dipentas peragaan dek Binx Walton.

Tiga cetak utama ini kemudian dipecahkan kepada pelbagai rekaan yang complement each other walaupun berlawanan. Rona segar juga dipersembahkan oleh pereka untuk tidak tampil monotonous.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.michaelkors.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. UNE FEMME EST UNE FEMME DIOR

Terinspirasi daripada filem cereka arahan Jean-Luc Godard, kempen Musim Luruh/Sejuk Dior dirakamankan penuh rasa Parisian Chic yang tidak bisa disangkal lagi dalam elemen pereka ini.

Daripada suit skirt genggan lipat lisu kemas, baju kait berlogo dengan celana fabrikasi maskulin hingga terompah tapak kayu dan Saddle Bag Dior jadi teraju paling utama untuk musim ini.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.dior.com

 

 

 

 

 

 

 

8. BOTTEGA VENETA BOISTEROUS

Mempersembahkan koleksi mereka di Kota New York untuk musim ini, Bottega tidak lari daripada signature yang dikenali dengan label ini. Fabrikasi licin dan shiny menjadi yang terpilih dalam bentuk suit pyjamas sedondon namun dihidupkan dengan kot bulu oversized for full effect. Crushed velvet kuning, kelabu, rose gold dan hitam menutup pentas laluan peragawati cantik sekali.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.bottegaveneta.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9. SALVATION SALVATORE FERRAGAMO

Dress-dress sutera cascading down beralun lembut kala koleksi jenama ini dipentaskan di Milan hujung Februari lepas. Paul Andrew selaku pengarah kreatif jenama ini telah bergabung sama pereka rangkaiian pakaian lelaki Guillaume Meilland telah melantaikan sebuah koleksi yang generic dan cohesive menjadikan ia sebuah persembahan yang tidak merugikan penonton hadir pada bangku jemputan.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.ferragamo.com

 

 

 

 

 

 

 

 

10. GO GUCCI GO GO!

Mereka digambarkan sebegai pengumpul tegar barangan seni, fesyen dan artifak-artifak penting. Itulah subjek dan brief dalam merakam kempen berat Gucci untuk kali ini. #GucciCollectors memecahkan tembelang perihal mereka yang gemar mengumpul ini tidak punya kehidupan yang menggamit.

Kempen diarah Aleesandro Michele dan dirakam oleh lensa Glen Luchford khas untuk Gucci Fall/Winter 2018.

Lokasi: The Gardens

Laman Web: www.gucci.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11. MIU MIU ALA JEM!

Marc Jacobs, Gwendoline Christie, Ramy Malik dan Rowan Blanchard antara yang duduk dibangku barisan pertama kala Elle Fanning berlalu pergi pada laluan pentas peragaan Miu Miu kali ini dalam kot separa labuh camel, rambut didancan besar dan alis mata terang diinspirasikan daripada zaman 70an dan 80an sama skirt sontok, jaket kulit oversized, knitted tops dan rona-rona euphoria yang mendamaikan.

Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur

Laman Web: www.miumiu.com/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

12. COACH X SELENA

Mainan renda, rona-rona pastel dan perincian embroidery dilihat dalam kolaborasi antara label Coach dan bintang Selena Gomez. Modern Girl on The Go menjadi ilham Selena kala mereka koleksi khas ini dan mengkhusukan ia untuk peminat-peminatnya juga mereka yang sukakan sentuhan kemanisan dalam berfesyen. Selain daripada ceraiian pakaian, punya selekta tas tangan dan perhiasan pelengkap gaya.

Lokasi: The Gardens

Laman Web: www.coach.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.