Jul 31, 2019 - 354

Persalinan PERMAISURI — Kain Ditenun Penghuni Penjara dan Dititip KEPINGAN EMAS Milik Almarhum Bonda

Pada hari pertabalan semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

PADA hari pertabalan semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenakan baju kurung berwarna putih gading rekaan Dato Rizalman Ibrahim.

 

Lengkap dengan selendang yang dihiasi bahagian hujungnya dengan sulaman dan kerawang. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

 

 

Menyentuh mengenai busana diraja ini cukup istimewa dan sarat nostalgia. Kain tenunan pada baju kurung ini ditenun oleh penghuni penjara Penor dan Bentong.

 

Diilhamkan sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk meletakkan colek di dalam kain menggunakan pakan Perak.

 

Colek yang direka itu adalah lambang kerajaan negeri Pahang berbentuk gading dan tombak. Manakala colek kedua adalah lambang kerajaan negeri Johor yakni bentuk bulan dan bintang.

 

Diperindahkan dengan perincian beading, permata dan berlian. Proses menjahit busana diraja ini memakan masa hampir sebulan. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Sulaman kerawang yang dijahit tangan satu persatu cukup teliti diperincikan dengan mutiara, batu berlian.

 

Lebih menarik dan istimewa adalah kepingan emas yang dipinjam daripada Almarhum Bonda Tuanku, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad dan Almarhum Bonda Mertua, Tuanku yang dimiliki kerajaan negeri Pahang dan Johor.

 

Ia dilekat (secara manual menggunakan tangan) pada helaian busana diraja ini. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

 

 

Menurut Baginda Tuanku, ia diilhamkan untuk mengembalikan nostalgia, warisan turun-temurun dari generasi terdahulu hingga kini.

 

Terbukti rekaan dan perincian busana diraja ini memahatkan satu lagi sejarah di sebalik hari Pertabalan Baginda sebagai Raja Permaisuri Agong ke-16.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.