Aug 09, 2019 - 104

ADIDAS KIDS Store Pertama Dibuka di Malaysia! - Ini Sebab Anda Perlu Serbu Butik Ini

IOI City Mall jadi pilihan Adidas Malaysia Juga tawarkan tarikan istimewa kepada pengunjung.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

Berita gembira buat ibu bapa yang gemar siapkan anak-anak dengan seleksi pakaian Adidas. Terbaru, Adidas Malaysia telah memperkenalkan butik konsep pertama khas untuk kanak-kanak di IOI City Mall, Putrajaya yang menempatkan rangkaian pakaian sukan eksklusif kanak-kanak terbaru.

 

Terletak di aras satu IOI City Mall, Adidas Kids Store berkeluasan 885 kaki persegi ruang yang direka dalam warna-warna cerah sekali gus menampilkan suasana lebih meriah dan ceria.

 

Juga menawarkan pengalaman lebih selesa dan tanpa gangguan kepada pembeli.

 

Butik ini turut menampilkan ruang kecil sebagai hiburan santai kepada kanak-kanak sekali gus memberi peluang kepada mereka mencurahkan kreativiti melalui aktiviti melukis dan mewarna.

 

 

 

 

Sebagai tarikan, pengunjung diberi tiga peluang untuk mencuba nasib dalam claw machine. Pemenang bertuah boleh membawa pulang barangan eksklusif Adidas seperti Adidas Superstar, Adidas Stan Smith, Adidas tees dan baucar tunai bernilai RM50 setiap satu.

 

‘Kami teruja untuk memperkenalkan butik pertama kanak-kanak Adidas kerana kami percaya dengan konsep baru ini memberi pilihan yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

 

Kerana keutamaan kami adalah kanak-kanak, merekalah kumpulan sasaran kami yang dititikberatkan,” kata Ng Chee Loon, Pengurus Besar Adidas Malaysia.

 

Menurutnya lagi, “Ini adalah fasa pertama untuk butik konsep kanak-kanak Adidas yang akan diperkenalkan selanjutnya menjelang akhir tahun 2019 melalui butik-butik tambahan pada masa akan datang.”

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.