Dec 22, 2017 - 32515

Teknik ‘Marketing’ DATUK RIZALMAN IBRAHIM Luar Biasa — Ini Sebab #RIBag71 Clutch Licin Beberapa Saat!

Bukan sahaja produk rekaannya cantik dan bermutu tinggi. Ada lucu dan sinis yang membuatkan produk rekaan Datuk Rizalman Ibrahim laku keras!

 

 

 

 

 

 

SEPERTI kebanyakan pemain-pemain niaga yang lain, Datuk Rizalman Ibrahim juga menggerakkan produk-produk bisnesnya melalui akaun media sosial. 

 

Tetapi apa yang menarik tentang kempen-kempen sosial media oleh Datuk Rizalman adalah pendekatan yang digunakannya sangat berbeza berbanding kaedah arus perdana. Dengan video-video parodi dengan dia sebagai model utamanya, juga penggunaan ‘caption’ yang lantang dan lancang, Datuk Rizalman mencuit hati netizen sehingga mereka tertarik untuk memiliki produk-produk yang diiklannya.  

 

Jom lihat sendiri beberapa video lucu yang dihasilkan oleh Datuk Rizalman dan pasukan pemasaran digitalnya.

 

 

Uniknya Strategi Pemasaran Datuk Rizalman Ibrahim

 

 

 

 

YA, PENGUMUMAN INI MEMANG LUCU 

Harap Maklum segala jualan #ribag71mini hanyalah melalui laman  dan  pada pukul 11 pagi ini. Kami di  dan RIZALMAN tidak menjualnya secara offline. Jadi jangan bertindak keterlaluan mengikut nafsu

 

 

 

 

 

CIKGU MURNI PUN ADA

Jangan korang ingat #ribag71mini hanya ada 9 warna sahaja... Memperkenalkan warna kesepuluh — GOLD (pilihan Cikgu Murni)
28 November 2017 , RM199/RM209

 

 

 

 

 

MACAM TUNGGU PENGUMUMAN RAYA RTM, PECAH PERUT! 

Tukang post pun tak tahu nak letak caption apa sebab terkencing dek ketawa. #ribag71clutch

 

 

 

 

 

AMBOI, KAU ADO???

Selamat berhari minggu dengan #ribag71! (Kalau ada la)

 

 

 

 

 

 

PARODI DAYANG NUFAIZAH MEMANG 'WIN'!

29 November 2017 — Penyanyi tersohor negara, Dayang Nurfaizah baru-baru ini telah diserbu peminat sejurus setelah selesai membuat pertunjukan konsert beliau di ibu negara pada malam tadi. Ribuan penonton yang terdiri daripada peminat-peminatnya telah berasak-asak untuk tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama beliau ketika sessi bertemu peminat. 

 

Namun peristiwa yang sepatutnya menjadi kenangan manis pada penyanyi kelahiran Sarawak itu bertukar menjadi kecoh apabila sebilangan peminat-peminat beliau telah bertukar menjadi agresif apabila mereka melihat tas tangan penyanyi itu ketika bersalaman adalah daripada koleksi terbaru #ribag71 iaitu #ribag71clutch rekaan koleksi daripada pereka terhebat negara, Datuk Rizalman Ibrahim. 

 

Sehubungan dengan itu Dayang telah dirempuh dan tas tangan beliau telah dilarikan. Menurut pengurus Dayang sendiri, Cik Sharina, beliau berkata kepada para pemberita bahawa kini penyanyi tersebut adalah dalam keadaan stabil dan beliau reda dengan keadaan yang berlaku dan menasihati kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memakai beg tersebut kerana mempunyai tahap pesona yang tinggi. 

 

Walau bagaimanapun beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan untuk kembali beraksi di konsert beliau yang akan datang di Singapura pada hujung tahun ini. Manakala Datuk Rizalman Ibrahim ketika dihubungi, tidak mahu memberi sebarang ulasan serta hanya mencebik bibirnya. Manakala cikgu Murni pula tidak dapat dikesan. 

 

 

 

 

 

LAGI PARODI YANG MENGGELETEK HATI

#ribag71clutch bukan hanya setakat popular di sini malah di negara seberang.

 

 

 

 

 

SIAPA LAGI YANG BERANI BUAT 'CAPTION' MACAM INI DI MALAYSIA KALAU BUKAN DATUK RIZALMAN IBRAHIM?

#ribag71clutch pecah rekod jualannya dalam masa yang paling singkat. Kepada yang menghairani fenomena ini, ini jawapannya — dah si bosnya dekat Mekah doa depan Kaabah, mestilah laku keras. #alhamdulillahyangikhlas #gambarsekadarhiasan

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 Wajah Malaysia PALING UNGGUL di Minggu Fesyen Dunia — Ini Sebab Mereka Menjadi Perhatian!

  • Seterus →

    Lihat 25 Foto #OOTD SCHA & AWAL Paling ‘Cool’ — Ini Bukti Mereka David & Posh Beckham Malaysia