Apr 16, 2017 - 2805

Rahsia Cincin Berlian Kahwin — Bentuk ‘Emerald’ Teratur Orangnya, Bentuk ‘Heart’ Cinta Sampai Mati!

Sebentuk cincin hantaran hati. Tidak kira apa jua bentuk cincin, yang penting ia bukti pengikat janji dan keikhlasan cinta diberi, sebagai petanda kasih sayang yang suci lagi abadi.

 

Oleh: Yanna Husin

 

 

 

 

 

 

“KATA orang, sedang hangat bercinta usah beri cincin, cepat putus katanya. Kalau mahu beri cincin, sewaktu kahwin lebih elok, lebih cantik.”

 

Itulah kata-kata emak yang masih saya ingat dan saya tidak mahu percaya 100%. Saya berpegang pada satu prinsip; kalau sudah jodoh tidak ke mana. 

 

Dalam hidup kamu berapa kali kamu terima cincin? Sekali, dua kali atau mungkin banyak kali? Barangkali kamu seorang selebriti. Sering terima hadiah cincin daripada peminat misteri. Boleh dipakai bertukar ganti setiap hari.

 

Apa persepsi apabila melihat di jari seseorang wanita tersarung cincin berlian atau cincin emas di jari? Pasti ada nilai sentimental di hati. Ternyata juga si gadis telah ada yang istimewa di dalam hati. Mungkin juga sudah ada kekasih hati ataupun bakal suami?

 

 

 

 

 

 

 

Bila Cik Abang yang Pilih Cincin...

Tidak semua lelaki bercita rasa tinggi, pandai pilih cincin yang berkenan di hati bakal isteri. Kalau beli sembunyi-sembunyi, tidak semestinya menepati kehendak buah hati. 

 

Bagi wanita, cincin terlalu peribadi. Berapa harga cincin semuanya boleh dibeli. Cincin juga diibaratkan satu ikatan janji sehidup semati. Bagaimana mahu membeli cincin tunang atau kahwin yang disukai? Jawapannya, biarkan pasangan kamu pilih sendiri. Barulah sesuai dengan personaliti dan terletak cantik di jari. 

 

Wahai bakal tunang atau bakal suami, ketahui dan fahami apa yang disukai dan tidak disukai bakal isteri ketika kamu ingin membeli cincinnya nanti. Jangan hanya pakai beli membuta-tuli. Setiap wanita ada pilihan tersendiri. Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh orang lelaki, tetapi sekurang-kurangnya lelaki juga perlu mengenal pasti, dia suka stail cincin ala vintage, klasik mahupun kontemporari. 

 

Cara terbaik atau mudah untuk tahu kesukaannya dengan melihat cincin atau aksesori apa yang selalu dipakai. Paling mudah, pimpin tangannya bawa dia terus ke kedai barang kemas dan cuba perhatikan apa yang dia suka lihat dan terus beli. Mungkin ada kawan-kawannya baru sahaja kahwin atau bertunang, adakah dia suka cincin seperti temannya itu atau sebaliknya? 

 

Kamu juga harus tahu sama ada dia suka berlian, sapphires atau rubies. Ini kerana ada sesetengah wanita tidak suka diberikan cincin berlian ketika bertunang. Memadailah cincin belah rotan. Paling utama dalam pemilihan cincin dapatkan saiz sebenar. Elakkan membeli saiz yang salah.

   

 

 

12 Ciri Cincin Berlian dan Kaitannya Dengan Personaliti Wanita 

 

‘Solitaire’

Hari ini rekaan cincin ini jadi kegemaran Victoria Beckham, malah berhias di jari Catherine Zeta Jones. Jika pilihan kamu cincin ini, itu tandanya kamu obses terhadap sesuatu yang kamu minati. Kamu sukakan perubahan. Melindungi diri sendiri. Kamu juga terlalu mencintai diri sendiri. Bangga dengan kelebihan diri dan sering membuat kejutan.

 

 

 

 

 

 

‘Heart’

Tanpa ada persoalan, inilah pilihan paling romantik. Kid Rock membuktikan kasihnya kepada Pamela Aderson dengan cincin jenis ini. Jelas, menunjukkan cinta kamu benar-benar suci. Memberi cinta sepenuh hati. Kalau bercinta, kamu cinta sampai mati. Romantik dan terlalu sensitif, kuat merajuk. Baik hati dan murah senyuman.

 

 

 

 

 

‘Princess’

Inilah cincin pilihan Star Jone’s sebagai cincin pertunangannya. Kamu bercita rasa tinggi. Mahu sentiasa bergaya mewah dan suka pada keindahan. Perwatakan diri dan gaya kamu sering menarik perhatian orang lain. Kamu bijak mengambil peluang serta tidak suka mensia- siakan waktu. Kamu salah seorang insan yang sukses dalam hidup.

 

 

 

 

 

 

‘Emerald’

Potongan yang elegan mengandungi elemen art deco. Inilah bentuk cincin yang menjadi pilihan jutawan Donald Trump untuk dihadiahkan kepada isterinya Melania Knauss. Kamu seorang yang down to earth dan berpandangan jauh. Sangat teratur dalam menata hidup. Tiada yang mustahil dalam memburu impian. Bijak dan berwibawa.

 

 

 

 

 

 

‘Floral’

Cincin berlian menyerupai bentuk bunga boleh dikatakan cincin antik. Jelas melambangkan kamu berjiwa lembut. Kamu terlalu menghargai insan lain, bersemangat tinggi, pendengar setia dan berhemah tinggi. Setiap apa yang kamu lakukan, kamu mahu pulangan yang cepat. Gigih dan seorang yang setia dan penyayang.

 

 

 

 

 

 

 

‘Oval’

Cincin ini kembali popular apabila dipilih Tom Cruise untuk disarungkan ke jari manis Katie Holmes. Kamu seorang yang perahsia. Begitu menghargai erti sebuah ikatan. Versatil, berfikiran terbuka juga pendengar paling setia. Hidupmu sentiasa ceria. Pandai menyembunyikan perasaan. Berpendirian teguh, memiliki imaginasi yang tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

‘Patented Cuts’


Kamu juga boleh memilih bentuk eksklusif yang dibuat khas beberapa gabungan antik vintage. Mempunyai cita rasa yang tinggi. Kamu suka pada keunikan. Kamu juga seorang yang
kreatif dan energetik. Berfikiran terbuka. Suka mencuba perkara baru. Tidak mudah mengalah, optimis dan fleksibel.

 

 

 

 

 

 

‘Round’

Cincin popular di kalangan pengantin, dipanggil round brilliant. Kamu suka perubahan dan suka kesempurnaan dalam apa yang dilakukan. Kamu mahu pastikan setiap impian kamu perlu tercapai dengan apa cara sekalipun. Kamu berani dan bijak. Satu kepantangan kamu melakukan perkara dengan tidak sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

 

‘Cushion’

Potongan segi empat, tetapi melengkung di tepi memancarkan kilauan yang lembut berbanding kerlipan bergemerlapan. Jika kamu menggemari potongan ini, kamu seorang yang rasional, relaks, suka berfikir, selalu memikirkan tentang masa depan dan suka dipuji tetapi sentiasa berjaga-jaga. Menepati masa dan tidak suka melakukan perkara sia-sia.

 

 

 

 

 

 

 

 

‘Radiant’

Pelakon Heidi Klum menerima cincin kuning daripada Seal. Jika kamu berkenan dengan potongan ini melambangkan kamu seorang yang kuat semangat. Tidak mahu mengalah, apa pun terjadi hidup perlu diteruskan. Matang dalam membuat keputusan. Tidak mudah terpengaruh.

 

 

 

 

 

 

‘Pear’

Pelakon Lela Rochon meminati cincin ini. Jika kamu juga punya minat yang sama ini menunjukkan kamu seorang yang jujur dan setia. Tidak jemu berusaha, bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Sentiasa mahu terus maju, punya matlamat yang jitu dan sentiasa beroleh keuntungan.

 

 

 

 

 

 

 

‘Coloured Stone’

Jarang sekali orang memilih cincin batu berwarna sebagai cincin bertunang mahupun cincin kahwin. Istimewa cincin batu berwarna ini menjurus kepada warna pilihan. Kamu seorang yang berani, tetap pendirian dan ceria. Kamu juga suka mencuba dan tersendiri.

 

 

 

 

 

 

TIPS CINCIN BERLIAN KELIHATAN CANTIK DI JARI ANDA  

Cincin berlian bentuk marquise atau oval membuatkan jari pendek kelihatan lebih panjang dan meruncing. Wanita berjari panjang mudah memakai apa jenis cincin. Stail bold, reka bentuk yang sarat dan berlebihan akan fokus kepada cincin tersebut dan jari si pemakai akan kelihatan lebih kecil.

 

Biasanya cincin belah rotan atau cincin kosong memberikan ilusi jari nampak pendek, jadi titik beratkan pada reka bentuk. Berlian berbentuk bulat adalah antara reka bentuk cincin yang menjadi pilihan pengantin,

 

Namun begitu, pasangan kamu mungkin lebih cenderung kepada bentuk oval, pear-shaped stone, square atau emerald cut. Bentuk hati juga boleh dijadikan pilihan. Sekiranya kamu ingin mengetahui sama ada dia menggemari solitaire diamond atau cluster of stones, gaya hidupnya perlu diambil kira.

 

Sesetengah batu atau berlian tidak sesuai untuk dipakai ketika sedang bekerja. Misalnya pointed gem tidak praktikal dipakai. Susah untuk dibersihkan dan tidak sesuai dipakai untuk kegunaan harian. Mudah bengkok, tersangkut atau hilang batunya.

 

 

LIHAT! CINCIN BERLIAN DI JARI MANIS SELEBRITI

Apakah bentuk cincin berlian dan jenama yang tersarung di jari manis mereka. Lihat, cincin pilihan Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Ning Baizura.

 

 

Cincin Berlian Pilihan Datuk Siti Nurhaliza

“Cincin kahwin Siti, suami Siti yang pilih berliannya. Cincin diamond cutting Bvlgari ini memang menjadi pilihan suami dan dia yang mahu berikan pada hari pernikahan,” ujar Datuk Siti Nurhaliza.

 

 

 

 

 

 

 

Cincin Berlian Pilihan Erra Fazira 

Erra Fazira pada perkahwinan keduanya, menerima cincin risik dan cincin tunang berbentuk solitaire. Jenama dan harga menjadi rahsia.

 

 

 

 

 

 

 

Cincin Berlian Pilihan Ning Baizura 

Pada tanggal 17 Julai 2007, Ning Baizura akhirnya bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Omar Shariff Layton Dayton. Di jari manis Ning berhias cincin berlian jenama Cartier.

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.