Jul 05, 2016 - 109

Kisah Puasa Miss Lola, Baju Raya dan Tiga Bazaar

Rendang Ayam Cili Padi Air Tangan Arwah Nenek Lola... Fuh! Memang Tak Ada Siapa Boleh Lawan. Sampai Ketat Nak 'Meletoplah' Kebaya Lola dibuatnya! Tak Percaya? Cuba Baca.


Teks: Miss Lola 


Sumber Foto: viveislam.islammessage.com

Rasanya baru beberapa minggu lepas Lola, Jelly dan Cik Mariah pulang daripada Bali untuk menyambut New Year di tepian pantai, in a blink of an eye sudah tiba masa untuk kita bersedia sambut bulan Ramadan dan juga Syawal, rasa macam bermimpi pun ada, kena mulakan ritual bangkit pagi hari, makan sahur dan bersolat subuh tepat pada masuk waktunya (selalunya lepas solat Subuh Lola akan sambung tidur dahulu sebelum bersiap ke tempat kerja).


“Hey Lola, makruhlah tidur lepas bersahur, sepatutnya terus berjaga dan bersiap off to work tahu!” Bebel Jelly yang sibuk bermain DOTA di meja komputer.

“Hey Jelly, hutang puasa uols tahun lepas pun belum habis berganti, jangan mahu bebelkan Lola pula! Hahaha…” Lola mengusik Jelly, padahal Lola pun belum langsaikan puasa ganti, masih ada tiga hari lagi yang harus dibayar semula. Bercakap fasal bulan Ramadan yang bakal tiba ini Lola tahu pasti uols semua ada kenangan tersendiri yang sering jadi kegemaran dan juga kenangan masa terindah. Anekdot-anekdot seronok beginilah yang akan buat kita teringatkan all the fun things about Ramadan dan Raya. 


Sumber Foto: http://cdn.havehalalwilltravel.com

Keluarga Lola sendiri kalau tibanya Ramadan tidak lengkap kalau tidak ke bazaar Ramadan, dan Ayah Lola bukan jenis yang boleh singgah ke satu bazaar sahaja, especially on weekend dia akan gigih bawa kami sekelurga ke dua mahupun tiga bazaar yang berlainan dan jauh juga hanya untuk mencari juadah berbuka yang dimahukannya. Kiranya Murtabak Daging Cheese di bazaar A, manakala Sirap Selasih dan Kacang Soya (untuk ibu) di bazaar C, dan kalau Ayah rajin nak melayan tekak anak daranya ini, kami ke bazaar C untuk Nasi Kerabu dengan Bawang Jeruk. Oh sedap sungguh, terliur pula Lola membayangkan bazaar Ramadan di Seremban nanti. Dan sudah menjadi satu kemestian, berbuka puasa dan solat tarawih pertama harus di kampung dan di rumah. Then barulah Lola pulang semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Kerap juga ibu dan ayah datang berbuka di rumah Lola, mereka gemar amat ke bazaar Ramadan di Taman Tun dan Stadium Cheras. Bila ada jemputan Lola ajak juga berbuka sama di hotel, tetapi pantang betul ayah Lola kalau dijemput, bilangnya tidak selesa mahu solat Maghrib dan rasa marah amat bila lihat makanan tidak habis dan membazir. Yelah, waktu berbuka perut kita memang tidak bisa tanggung makanan yang banyak amat, cuma penuh diisi air minuman dan manisan dan buat perut kita menyanyi kekenyangan. Kalau dalam bulan Ramadan juga kami jarang berbuka di luar kecuali jika Lola paksa ibu dan ayah sebab dah bosan sangat makan Nasi Kerabu ataupun Roti John. 

Sumber Foto: sixthseal.com

Selain daripada kesedapan dan kepuasan makan pada waktu Ramadan, Lola juga sukakan bulan ini kerana dapat menyusun semula jadual tidur, selalunya Lola jam 3 pagi baru boleh lelap dengan nyeyak, namun pada bulan Ramadan, selepas solat Isyak sekitar 12.30, mata sudah minta untuk tidur.  “Lola, Jelly pun selalu tidur awal ketika bulan  Ramadan, another part of berpuasa yang Jelly suka adalah kita dapat detoks diri dan cuci perut, ada Jelly baca dalam internet bahawa fasting helps to cleanse our system dan bina metabolisme tubuh yang elok!” Bilang Jelly sambil di dapur buat minuman detoksnya.

Sahih atau tak sahih info Jelly tu Lola tidak jamin ya!

Seperkara lagi yang Lola sibukkan ketika bulan puasa adalah persiapan mencari baju raya. Keluarga Lola bukanlah jenis yang berjanji mahu sarungkan warna sedondon, cetak sama ataupun matchy-matchy. Kami semua punya selera sendiri. Akhir-akhir ini ayah tidak mahu lagi berbaju melayu sebaliknya gemarkan jubah labuh mahupun Kurta India. Ibu Lola pula makin lama makin glamor, tahun lepas dia menyarung busana Rizman Ruzaini dan Syaiful Baharim (siapa lagi yang pilihkan kalau bukan Lola?).


Sumber Foto: Rizman Ruzaini for FashionValet Raya 2016, via 
http://www.fashionvalet.com/


Sumber Foto: Syaiful Baharim for FashionValet Raya 2016, via 
http://www.fashionvalet.com/

Dan kemestian pagi raya adalah bersarapan di rumah selepas ayah selesai solat sunat Aidilfiri. Selalunya Lontong Jawa bersama rendang ayam dan kuah kacang jadi menu utama, namun ops bukan dari dapur rumah weols ya. Lola dan ibu beli sahaja di kedai kerana tidak mahu dapur berminyak hahaha… 

Sumber Foto: blog.magickitchen.com


Lagipun usai sahaja bersalaman kami akan terus ke rumah Mak Long belah ibu di Bangsar. “Amboi Lola, orang semua pada Hari Raya keluar daripada bandar ke kampung, uols terbalik pula ye? Dari Seremban ke Kuala Lumpur!” Bising Jelly yang pulang ke Bidor pada setiap Hari Raya. Sampai sahaja di rumah Mak Long, weols akan cukup seronok kerana she cooks the best Rendang Ayam Cili Padi yang dicicah sama Lontong Jawa dan serunding daging. Tetapi her signature menu is Sambal Kacang berperut lembu. Oh my god, it is soooooo yummy! Lauk ini akan buat Lola makan tambah berkali-kali. Resepi ini diajar oleh Arwah Nenek Lola dan diturunkan kepada semua makcik-makcik Lola. 


Sumber Foto: http://fardaza.blogspot.my
 

Ibu Lola pun pandai juga masakkan ini, tetapi Lola have to say Mak Long does it best. Jadi uols sendiri bagaimana? Apa yang buat Ramadan dan Raya uols cukup memorable dan bermakna? Yang happy, mahupun yang sedih, ayuh berkongsi sama Lola. Berikan komen kalian untuk kongsi cerita raya dan juadah favourite uols! Love, Hugs and Calvin Thoo! 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.