May 10, 2017 - 188

DIARI FESYENISTA: Lain Kali, Kalau Nak Tinggalkan Komen di ‘Page’ Orang, Cermin Dulu Diri Sendiri

Ramai sungguh orang kita yang bertindak jadi ‘Polis Moral’ di laman media sosial, macamlah mereka bersih suci dan orang lain terpalit dosa dan noda. Mengapa orang kita berubah sikap dan wajah apabila masuk ke media sosial?

 

 

Oleh: Miss Lola

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

SATU masa dulu, pernah kecoh cerita fasal Rozita Che Wan bersama her whole family pergi bercuti sempena Hari Natal dan Tahun Baru pusing Eropah. Bising fasal mereka pergi berpakaian sedondon (yang mana Lola rasa cukup sweet and cute!), juga fasal kisah anak terunanya yang upload gambar mereka membeli-belah. 

 

“Kacaknya anak-anak Che Ta! Kalau Jelly muda 10 tahun pasti sudah mengorat mereka, so sexy dan so lucky kerana punya parents yang berduit!” Ujar Jelly yang sibuk menonton movie klasik on Netflix sambil makan froyo dingin. 

 

Okey, walaupun point Jelly itu di luar topik, tetapi Lola harus setuju dengan statement itu, kalau dilihat pada Instagram mereka, they are always dressed nicely in fine clothes and branded items. 

 

Namun persoalannya adalah, mengapa mereka dikecam dan dibilang jangan berlagak kalau duit belanja masih diberi ibu bapa? Setahu Lola mereka berdua masih muda dan belum pun tamat pengajian. Maka tanggungjawab itu masih di bawah jagaan orang tuanya. Makan, pakai dan tempat tinggalnya semuanya disediakan – just like us sebelum kita sendiri keluar dari rumah orang tua kita, yang berbeza dalam kes ini kerana orang tuanya terkenal dan punya wang. 

 

 

 

 

 

Ramai Kaki Kutuk di Laman Instagram Rupanya Pengecut, Baling Batu Sembunyi Tangan

To me there is nothing wrong about sharing your wealth with your kids and loved ones. Untuk siapa lagi kita bekerja keras jika bukan mahu berkongsi sama insan yang kita sayang? 

 

No, Lola bukan mahu berdiskusi fasal harta benda, faraid mahupun bermegah di media sosial, sebaliknya mahu berkongsi about how unfiltered dan lepas mulut (or in this case, lepas jari kekunci) dalam mencaci orang walhal mereka tidak tahu kisah sebenar. Just because it’s a trend dan viral kala itu maka mereka berduyun-duyun singgah ke laman sesawang itu dan bash bersama-sama. 

 

Maaf kiranya Lola kasar, namun jika punya cermin mereka patut kalih semula ke diri mereka sendiri dan lihat jika yang terpalit dalam reflection itu sempurna. 

 

Ada satu hari Lola surfing ke laman Instagram seorang selebriti muda, a young girl, very sweet and yes sedikit berisi tubuhnya. Namun tidak gemuk mahupun obes, dia cuma punya sedikit baby fat. Ada satu komen, “Ohhhhh… tak cantiklah, dah gemuk!” 

 

Amboi! Berdesup darah Lola naik ke kepala kala baca komen yang satu itu. Lantas Lola terus ke laman Instagram gadis yang berkata itu. Pertama, gambar avatarnya bintang Korea, akaunnya pula private bersama slogan, “I live by my own rules, not yours.” Satu slogan yang cukup independent dan powerful. Sayangnya tidak dipraktikkan dalam gaya hidup seharian yang masih kekal menjadi police keyboard. 

 

 

Kesimpulannya, Berhati-hatilah Bila Memuat Naik Status di Laman Media Sosial 

Dek kerana itu Lola bilang kepada teman-teman yang punya banyak followers seperti teman-teman artis dan social media influencers untuk sentiasa berhati-hati dengan posting dan gambar yang dikongsi, sometimes kita rasa apa yang kita muat naik cukup innocent dan tidak punya sebarang sebab untuk dijadikan bahan mulut, namun like we know vultures di luar sana banyak yang cukup teliti dan aktif mencari salah orang dan selepas jumpa kesalahan itu mereka akan share satu Malaysia dan dunia tahu kesilapan si polan yang ini.

 

Soal Jelly, “Why do you think they do this, Lola? Jelly tidak faham tetapi it is kind of entertaining untuk baca cerita dan gosip nitty-gritty seperti itu bukan?” 

 

Ya, Lola setuju memang sedap kala baca kisah-kisah hangat dan 'viral' tetapi kita harus consider perasaan mereka yang dijadikan bahan lawak, gosip dan bual ini. Put ourselves in their shoes dan lihat apa yang kita rasa? 

 

“Jadi apa pendapat Lola untuk sudahkan hal ini?” 

 

“Jelly, memang payah mahu ubah naluri manusia yang memang gemar mengutuk dan menjatuhkan orang lain, kerana itulah kita perlu palsu dan pandai menipu.” 

 

 

Jaga Diri dan Hiasi Peribadi, Bukannya Sibuk Jaga Tepi Kain Orang Lain

Sudah beberapa teman Lola punya akuan peribadi yang catered hanya untuk keluarga dan teman-teman rapat. Pada akaun ini mereka benar-benar dapat jadi diri sendiri dan reflect who they are as a person tanpa takut menjadi bahan gosip. Di laman Instagram public mereka sekadar berkongsi yang patut dan tidak perlu too personal. 

 

I think it’s a good idea untuk mereka yang sering dihentam di laman sosial, namun does that makes us hipokrit? Ketika kecil, ibu bapa sering bilang to aim for the stars and don’t be afraid of what people have to say. 

 

Namun kala ayat-ayat itu dikongsi sama kita semua, laman sosial masih belum dibina malahan the idea of a world wide web masih terlalu jauh. Kerana hari ini ayat seperti, “Sticks and stones might break your bones, but words actually hurts most”, lebih sajak sama millennials moden. 

 

Jadi the next time kalian mahu tinggalkan komen di laman page orang, fikir adakah uols lebih baik, cantik, kacak daripada dia? Adakah komen kalian bakal guris perasaan ataupun nasihat membina? (I don’t think social media is the best place to leave advice, but hey every person has their own cup of tea). E-mel Lola di l dan kongsi kisah jika kalian pernah di'cyber bully' mahupun jika punya akaun peribadi. 

 

Lola admit, I have one, hahaha...

 

Love, hugs & Akris!

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    DIARI FESYENISTA: Bila Arkitek Pun Terpaksa Jadi ‘Driver’ UBER Waktu Malam, Kita Apatah Lagi?

  • Seterus →

    DIARI FESYENISTA: Pergi ‘Money Changer’ Tukar Duit RM Berkepuk-kepuk — Dapat Pounds Terkejut Beruk!