Nov 12, 2016 - 397

10 Filem Tempatan Paling Cantik dan 'Fashionable' Pilihan InTrend

Fesyen dan dunia hiburan haruslah bergerak seiring barulah maju kedua-duanya. InTrend cartakan 10 filem paling maju berfesyen mengikut pilihan dan kriteria kami, ada yang kami missed out? Let us know!

 

Oleh: Iqbaq Vee Azwan Mukhtaram

iqbaq_mukhtaram@astro.com.my

 

 

 

1. Ringgit Kasorrga

Deanna Yusoff, Tiara Jacquelina dan Hans Isaac berkerja di sebuah modelling agency yang melacurkan model-model mereka di Kepulauan Kasorrga. Scene paling fashionable adalah ketika model-model turun ke pentas peragaan serba hitam dan bersarung tangan lengkap doing the vogue! 

Sumber foto: http://image.tmdb.org

 

 

 

2. Manisnya Cinta Di Cappadocia 

Skarf cetak, celana sendat dan Nur Fazura is the perfect combo bikin filem ini sebagai halwa mata. Cappadocia itu sendiri sudah jadi satu latar belakang yang indah berteman cinematography urban moden. 

 

Sumber foto: www.moviemotion.com.my

 

 

 

3. Cinta Kita

Sofea Jane dan Aman Graseka menyaksikan imej baru Sofea hadir berambut cukup pendek dan menyarung kemeja lelaki genggang bergaya ala tomboy. Filem kontroversi ini bikin ramai gadis mahu berambut pendek. 

 

Sumber foto: www.image.tmdb.org

 

 

 

4. Femila 

Power suit, early 90’s platic earrings dan choker menjadi simbolik gaya filem lakonan Umie Aida, Eman Manan dan Susan Lancaster is the ultimate Girl Power movie! 

 

Sumber foto: www.1.bp.blogspot.com

 

 

 

5. Trauma 

Kontradiksi watak dan gaya Nasha Aziz yang mysterious dan calm dan watak Amy Mastura yang kalut menjadikan filem ini antara yang mencuri tumpuan. Bukan sekadar pakaian namun nota filem ini cukup fashionable

 

Sumber foto: www.upload.wikimedia.org

 

 

 

6. Pisau Cukur

Gucci, Prada, Louis Vuitton dan Chanel semuanya ada disarung indah Maya Karin dan Nur Fazura. Juga ada si enak Fahrin Ahmad, Redza Minhat dan Eizlan Yusof buat semua jadi yummy! 

Sumber foto: image.tmdb.org

 

 

 

7. Mira Edora

Cinta anak muda di bangku sekolah cukup manis, bila pula berlatarkan wajah jelita Julia Rais dan ikon fesyen Noorkumalasari. Nyata, 90’s style at it’s best. 

 

Sumber foto: bp.blogspot.com

 

 

 

8. Sepet 

Orked manis berkurung kapas sepanjang filem ini, sebuah majika Yasmin Ahmad tidak betah dek trend dan fesyen yang melampau. It is effortless and brings back memories. 

 

Sumber foto: https://upload.wikimedia.org

 

 

 

9. Adik Manja

Kebaya sendat klasik NoorkumalasarI tidak mungkin dilupakan dan kekal menjadi ikon. Siapa yang dewasa sama filem ini pasti setuju bukan?

 

Sumber foto: http://1.bp.blogspot.com

 

 

 

10. Puteri Gunung Ledang 

Antara filem Malaysia yang pandai amat memaku penontonnya dengan cinematography indah, kostum yang sempurna dan penataan gaya yang cantik amat! 

 

Sumber foto: http://3.bp.blogspot.com

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.