Aug 11, 2016 - 100

Bersiap Sedia dengan Kolaborasi Yuna bersama Hatta Dolmat!

Penyanyi dan komposer Malaysia, Yuna bakal berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan bagi menghasilkan koleksi terbarunya. Apa yang unik tentang koleksi ini?

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my
 

Selain minat pada bidang nyanyian, Yuna juga bergiat aktif dalam perniagaan berkaitan dengan fesyen. Meskipun sudah mempunyai jenama sendiri, Yuna mahu menghasilkan sesuatu khas buat penggemar fesyennya. Kali ini, Yuna akan bekerjasam dengan Hatta Dolmat bagi menghasilkan sebuah koleksi yang pasti dinantikan. Koleksi terbaru ini dinamakan HattaxYuna yang menggabungkan elemen cetakan flora dan paduan warna-warni dalam koleksi ini. 
 

 

Menurut Yuna, bekerja dengan Hatta adalah satu keseronokan kerana ia adalah salah satu kerjasama antara dua rakan. Sebelum ini, Yuna pernah bekerja dengan Hatta bagi menghasilkan rekaan baju Yuna bagi menghadiri majlis dari situ Yuna mula tertarik dengan semua rekaan Hattta. Bagi koleksi HattaxYuna ini, Yuna mahukan sesuatu yang menarik, menyeronokkan malah diselitkan juga elemen-elemen flora. Mereka juga tahu apa yang dimahukan oleh wanita yang mahu kelihatan cantik dan bergaya. 
 

 

Coming soon ❤️ @hattaxyuna #hattayuna #skii #sk2 #changedestiny @fashionvaletcom

A photo posted by HattaYuna Exclusive Collection (@hattaxyuna) on

 

Tahun sebelum ini, Yuna pernah menjadi  wajah kempen Hatta Dolmat bagi KL Fashion Week RWT 2015, dan tahun ini Yuna bekerjasama dengan Hatta bagi menghasilkan sebuah koleksi yang pasti mesti dikongsi bersama dengan wanita di seluruh dunia dan bukan hanya wanita di Malaysia sahaja. Koleksi HattaxYuna Exclusive ini akan dilancarkan di Fashion Valet pada bulan ini. 
 


 

Buat penggemar fesyen bersiap sedia duit anda untuk membeli HattaxYuna Exclusive Collection! Nantikanya! 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.