Jun 07, 2017 - 136

Kemeriahan INTREND X FOSSIL – Raikan InTrenders!

Kolaborasi kali kedua InTrend x Fossil ternyata mendapat sambutan hangat daripada pembaca InTrend. Bersempena pelancaran koleksi Fossil Summer 2017 InTrend menjemput 40 pembaca bertuah memeriahkan majlsi di Butik Fossil, Pavillion KL.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

 

 

 

 

InTrend sekali lagi berkolaborasi dengan jenama aksesori fesyen ternama, Fossil, menganjurkan sebuah majlis yang cukup santai namun eksklusif yang dikenali sebagai InTrend X Fossil buat para pembaca majalah kesayangan anda ini.

 

Majlis ini memberi peluang kepada pembaca InTrend untuk mendekati jenama ini, selain Fossil mahu memperkenalkan barisan produk terbarunya iaitu Fossil Summer 2017. Acara dimulakan sekitar jam 2.30 petang apabila para peserta mulai mendaftar. Acara santai pada petang itu dikendalikan oleh Ain Edruce. 

 

 

 

 

 

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, hadirin yang terdiri daripada pembaca InTrend berpeluang melihat-lihat item fesyen yang dipamerkan di butik Fossil Pavilion. 

 

Masing-masing teruja apabila dapat mencuba jam tangan seperti Q Accomplice FTW1200 dan Q Accomplice FTW1203 di bawah koleksi Fossil Q Hybrid. Rekaan jam tangan yang kemas dan moden ini mampu menyerlahkan penampilan anda.

 

Selain itu, jenama ini turut memperkenalkan Q Wander FTW2114 iaitu jam tangan di bawah koleksi Fossil Q Touchscreen dan jam tangan Jacqueline ES4206 dan Tailor ES4223 yang dikategorikan sebagai Traditional Watch. 

 

 

 

 

 

 

 

Barisan beg tangan daripada jenama ini turut menangkap pandangan. Ya, Fossil memperkenalkan ajnas beg tangan yang diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi iaitu Maya Hobo, RFID Large Pouch, RFID Small Pouch, Small Maya Hobo dan Emma Crossbody untuk anda gayakan. 

 

 

 

 

 

 

Acara pada petang itu lebih bermanfaat apabila pembaca InTrend berpeluang mendapatkan tips daripada Editor Fesyen InTrend, Iqbaq V Azwan Mukhtaram bagi memantapkan lagi gaya penampilan mereka. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Portfolio Fossil Group untuk Singapura & Malaysia, Lydia Lim dan Koordinator Pemasaran Fossil Group, Katie Ng. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.