Jan 29, 2019 - 136

Cantiknya Jam Tangan BONIA Terbaharu, Bertatah Kristal Swarovski! — Kalau Nak Beli, Anda KENA BACA Ini

Masih tercari-cari jam tangan berelemen feminin? Ya, kini anda boleh memiliki BONIA BNB10507, jam tangan dengan motif bunga ros berona pastel, sesuai buat wanita moden hari ini.

 

 

Teks: Norhaizan Ahmad

 

 

 

 

 

JAM tangan BNB10507 taruhan baru daripada BONIA buat penggemar jenama ini untuk Musim Bunga 2019 dengan rekaan feminin, lebih warna-warni dan ceria. Perincian bunga ros 3D menjadi titik tumpu pada dial jam tangan. 

 

Berbentuk bulat dengan diameter 34cm, ia diperbuat daripada keluli tahan karat, diperindah tatahan kristal antireflektif dan dihiasi penanda jam daripada kristal Swarovski. Ia juga kalis air pada kedalaman 50 meter. Dan dilengkapi dengan tali kulit bertekstur untuk menyuntik elemen kasual yang memikat. 

 

 


 

 

 


 

 

Jam tangan BONIA BNB10507 berharga RM498 seutas dan boleh didapati di butik Solar Time serta dalam talian iaitu di laman web Solar Time – www.solartime.com 

 

 

#myadtime #solartimemy #boniawatch

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.