Jul 26, 2016 - 38

Kate Spade x Minnie Mouse Berada di Pasaran Malaysia Oktober ini!

Salah satu ikon Disney yang disukai ramai kini berkolaborasi dengan jenama fesyen terkemuka iaitu Kate Spade New York. Koleksi ini bakal menjengah pasaran Malaysia. Nantikannya!

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my
 

Foto: Kate Spade New York 

Pasti jenama fesyen terkenal, Kate Spade sentiasa memberi yang terbaik untuk koleksi terbarunya. Istimewa, Oktober ini Kate Spade bakal mengeluarkan koleksi paling cute, yang pasti membuat anda teruja. 

Terbaru Kate Spade New York berkolaborasi dengan karakter Disney yang menjadi kegilaan ramai iaitu Minnie Mouse. Koleksi Minnie Mouse ini hadir dalam bentuk rangkaian tas tangan yang memukau dan amat comel seperti tote bag, sequinned clutches, malah hadir juga casing iPhone yang direka dengan signature Minnie iaitu red polka-dotted bow yang comel. 

Foto: Kate Spade New York 

Koleksi ini boleh didapati di Pavilion KL, Imago, Kota Kinabalu dan Gurney Paragon, Penang. Harga pasaran bagi koleksi eksklusif ini bermula dari RM260 hingga RM1,700. Pastinya penggemar fesyen tidak sabar ingin memiliki koleksi yang comel ini! Nantikan InTrenders!

 

getting a @minniestyle fix at our new disney springs shop. #minniemousexkatespade #minniestyle

A photo posted by kate spade new york (@katespadeny) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.