Dec 05, 2016 - 56

Kemeriahan Jemputan Eksklusif Pembaca Setia InTrend di Acara InTrend x Fossil

Kolaborasi julung-julung kali InTrend bersama jenama aksesori fesyen ternama, Fossil berlangsung dengan jayanya di ruang legar IOI City Mall Putrajaya.

 

 

 

MAJLIS untuk mendekati jenama ini, selain Fossil mahu memperkenalkan rangkaian produk terbarunya iaitu Holiday Collection kepada umum. Tepat jam 2.30 petang acara dimulakan apabila Nadia Heng memulakan bicaranya selaku hos pada hari tersebut.

 

Pembaca InTrend asyik melihat koleksi jam tangan Fossil. 

 

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, hadirin yang terdiri daripada pembaca InTrend berpeluang melihat-lihat item fesyen yang dipamerkan. Kemunculan barisan peragawan dan peragawati yang memperagakan Holiday Collection mendapat perhatian hadirin, ada juga yang sempat membelek-belak kerana mahu melihat item fesyen terbaru ini dengan lebih dekat. 

 

 

Sesi styling tips yang dikongsilkan oleh Editor Fesyen InTrend, Iqbaq V Azwan Mukhtaram sangat berguna kerana dapat membantu InTrenders untuk memantapkan lagi gaya penampilan mereka.

Perjalanan acara pada petang hujung minggu itu dihangatkan dengan persembahan live band oleh Natasha Sass yang menyampaikan beberapa buah lagu yang cukup menghiburkan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pengurus Pemasaran Fossil, Berny Ung.

 

Sesi styling tips yang dikongsilkan oleh Editor Fesyen InTrend, Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

Nyanyian hebat daripada, Natasha Sass. 

 

 

Seramai 40 pembaca InTrend yang mendapat jemputan eksklusif ke majlis InTrend X Fossil ini menerima goodie bag bernilai RM200 setiap seorang. Lebih mengujakan apabila dua orang daripada mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menawarkan seutas jam tangan untuk setiap seorang tajaan daripada Fossil. Tahniah kepada pemenang!

 

Penutup majlis pembaca InTrend menerima goodie bag daripada Fossil. 

 

 

Acara cabutan bertuah buat Jemputan Eksklusif InTrend x Fossil. 

 

 

Sesi soal jawab. 

 

 

Pembaca InTrend juga berkesempatan membeli koleksi terdahulu Fossil. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.