Jul 27, 2016 - 37

Eksklusif Look Pertama KENZO x H&M diPertontonkan

Jenama fesyen terkenal H&M, telah mempertontonkan tiga look kolaborasi diantara KENZO x H&M. Agaknya macam look koleksi ini? Jom lihat!

Foto : KENZO x H&M

Setiap kolaborasi H&M dengan jenama fesyen terkenal, pastinya koleksi tersebut mendapat perhatian dunia. Koleksi kolaborasi kali pertama dengan KENZO x H&M memberi sentuhan yang berbeza dengan sebelum ini. Koleksi terbaru ini mengetengahkan corak dan padanan rona yang memukau. Lebih hangat, koleksi ini menampilkan ramai artis, pereka muda dan aktivit dalam menghasilkan look book khas buat koleksi KENZO x H&M. 
 

 
Foto : KENZO x H&M

Antaranya Amy Sall Amy Sall (pelajar, aktivis dan pengasas SUNU : Journal of African Affairs, Critical Thought + Aesthetics), Juliana Huxtable (pelukis, penyair, dan DJ), Isamaya French (jurusolek artis dan sebahagian dari London-based Collective, Theo Adams Company) dan Oko Ebombo (pemuzik dan seorang performance artist yang menetap di Paris). Mereka ini semua adalah duta bagi KENZO x H&M. 
 
Foto : KENZO x H&M

Buat penggemar H&M koleksi ini akan berada dipasaran Malaysia pada 3 November. Nantikanya! 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.