Jan 30, 2018 - 15953

YB KJ Buat Trend Baru, Pakai Stoking Merah, Tali Kasut ‘Pink’ — Komen Awal? “The Coolest Minister Ever!”

Apabila menteri kesayangan para belia Malaysia buat kejutan lagi dengan #OOTD, inilah yang terjadi.

 

 

 

 

 

 

 

APABILA bapa kepada anak-kanak paling popular di Malaysia, Lara Alana, memuat naik foto dan videonya menemu bual Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat

Khairy Jamaluddin (KJ), ramai netizen teruja memberikan reaksi dan komen.

 

 

 

 

 

Dalam status yang dimuatnaik semalam, pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari, berkongsi beberapa siri foto jarak dekat yang memaparkan #OOTD Yang Berhormat Khairy Jamaluddin. 

 

 

 

 

 

 

Yang Berhormat kelihatan amat segak, ‘trendy’ dan selamba sekali menyarungkan sepasang kasut kulit rona coklat tembakau, stokin merah menyala berbintik hitam, dan yang paling luar biasa adalah padanan tali kasut berwarna merah jambu terang!  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“When I thought I can shine, for once sitting next to him, he pulled off red socks with fushia laces. Dang! My stokin bunga is kalah terukz.” 

 

Demikian tulis Awal, berseloroh tentang gayanya yang kecundang dengan gaya ‘cool’ Yang Berhormat Khairy Jamaluddin. 

 

Lebih menarik, babak ‘viral’ stoking merah dan tali kasut merah jambu di laman Instagram Awal itu disambut pula oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dengan satu muat naik status yang berbunyi begini:

 

 

“So , your husband and I were discussing what we should call our new boy band and we decided on #khawal."

 

 

Tentu ramai netizen tidak sabar menunggu, apakah status akan datang untuk hashtag baru #khawal. Yang pasti, kedua-dua personaliti ini mempunyai kuasa dan pengaruh positif dalam komuniti masing-masing.

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Lihat 25 Foto #OOTD SCHA & AWAL Paling ‘Cool’ — Ini Bukti Mereka David & Posh Beckham Malaysia

  • Seterus →

    Baby FIZO OMAR dan MAWAR KARIM Kini Model Muslimah Paling Muda di Malaysia — Anda Perlu Lihat Foto Ini