May 24, 2017 - 1149

Murahnya Rezeki NEELOFA — Dia Sekarang Duta Jam Tangan Titan, Rezeki Mencurah-curah!

Beginilah yang dinamakan rezeki. Daripada satu rezeki ke satu rezeki yang lain, Neelofa nampaknya terus mencipta nama.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

 

TITAN, pembuat jam tangan kelima terbesar di dunia memperkenalkan Neelofa sebagai wajah wakilan terbaru Titan Malaysia pada majlis ringkas baru-baru ini. 

 

 

 

 

 

 

Selebriti berusia 28 tahun ini berjaya menarik tumpuan Titan dengan personaliti yang luar biasa yang mencerminkan penguasaan jenama itu atas elemen berani, bersemangat dan fokus untuk cemerlang. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Neelofa berkata, “Saya mengagumi Titan bagi hasil ketukangan yang unik untuk setiap koleksinya.” Koleksi jam tangan terbaru Titan antaranya Titan Raga (merangkumi siri Moonlight, Foliage dan Garden of Eden), selain Titan Purple, Titan Neo, Titan Neo II Classique dan Titan Edge.

 

Hai, untunglah orang cantik macam Neelofa. Dahlah cantik, murah rezeki pula. InTrend doakan semoga Lofa terus sukses! 

 

Sumber Foto: Titan 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.