Jul 10, 2016 - 84

Peraduan 'OOTD' Bersama Setia City Mall (#SCMGotStyle)

Peraduan 'OOTD' Bersama Konsumer Pusat Membeli-Belah Setia City Mall (#SCMGotStyle) Ternyata Mencungkil Banyak Fesyenista Baru. Jom Lihat Siapa Mereka.

Teks: Norhaizan Ahmad
Instagram: @haizan.ahmad

 


Barisan finalis yang menyertai peraduan
'OOTD' Bersama Setia City Mall (#SCMgotstyle)
 
Mengangkat filsuf ‘Great Time Inside and Out’, Setia City Mall (SCM) berbesar hati merayakan para konsumer dan pengunjung pusat membeli-belah ini dengan menganjurkan Peraduan 'OOTD' Bersama Setia City Mall (#SCMgotstyle) yang berlangsung pada April hingga Mei lalu. Acara yang julung-julung kali diadakan ini memberi peluang kepada para finalis untuk berbelanja secara percuma sekali gus mempromosikan keistimewaan yang ditawarkan oleh pusat membeli-belah ini. 

Peraduan ini dibahagikan kepada dua peringkat; Pusingan Pertama (untuk mencari 15 finalis) yang tamat pada 24 April 2016 manakala Pusingan Kedua (untuk mencari Juara) yang berakhir pada 22 Mei 2016. 


Peserta diberi taklimat sebelum mereka memulakan misi 'ootd'. 

 

MUAT NAIK FOTO OOTD TERBAIK 
Pada peringkat awal, para peserta dikehendaki merakam foto OOTD (Outfit of The Day) terbaik mereka dan memuat naik foto tersebut di laman Instagram masing- masing dengan tag dan hash tag – @setiacity. mall, @intrendmalaysia, #SCMgotstyle dan #InTrendMalaysia. 

Seramai 15 finalis dipilih untuk menyahut cabaran 'OOTD' dan mereka terdiri daripada Noor Hassiemah Mohd Halim, Krizza Anne Abot, Suri Aryani Harzin, Liang Yee Ern, Fauzana Ismail, Sharifah Nurul Farhanah, Lee Sze Huey, Syamsul Syahiran Roslan, Nor Azirah Alyani Awang, Alvin See, Amelia Chiang, Muhammad Nabil Ashraf Suhaimi, Maslina Che Mat, Charlotte Gan dan Sayed Mahadi Hazheer. 
 

 

YAY, SHOPPING PERCUMA! 
Para peserta cukup teruja kerana dapat berbelanja secara percuma dengan baucar RM500 untuk setiap seorang di butik-butik yang ada di sini antaranya H&M, Zara, Padini, Uniqlo dan banyak lagi. Mereka diberi peluang selama dua hari untuk shopping bermula pada 30 April hingga 1 Mei 2016. Ya, sesi bershopping jadi gamat kerana masing-masing saling menyerbu butik yang sama, selain ada juga finalis yang berebut mendapatkan helaian baju terbaik mereka mengikut cita rasa masing-masing. 

Sesi fotografi diadakan pada 7 Mei 2016 yang memberi peluang kepada finalis untuk tampil cool dalam balutan busana pilihan mereka. Foto 'OOTD' paling in-trend yang diambil oleh jurugambar profesional ini akan dimuat naik di akaun Instagram dan Facebook milik Setia City Mall. Foto paling banyak mendapat ‘like’ serta menjadi pilihan para juri dinobatkan sebagai juara #SCMgotstyle. 


Peserta sibuk mencari idea, 'ootd' apakah yang hendak mereka gayakan!



Peserta lelaki, Alvin See memilih padanan, manakah yang hendak di gayakan. 



Sze Huey teruja dapat shopping percuma di SCM. 
 




SIAPA YANG BERTUAH? 

Majlis penyampaian hadiah #SCMgotstyle diadakan pada 5 Jun 2016. Hadiah utama dimenangi oleh Noor Hassiemah Mohd Halim yang membawa pulang baucar membeli-belah SCM bernilai RM2,000 dan setahun keahlian Fitness First secara percuma. Tempat kedua menjadi milik Nor Azirah Alyani Awang dan tempat ketiga, Muhammad Nabil Ashraf Suhaimi — dengan hadiah keahlian Fitness First percuma selama setahun. Finalis lain mendapat hadiah sagu hati iaitu baucar membeli-belah SCM bernilai RM200. Tahniah semua!


Barisan finalis #SCMgotstyle dengan hadiah masing-masing. 



Tahniah kepada Noor Hassiemah Mohd Halim memenangi tempat pertama, tempat kedua dimenangi oleh Nor Azirah Alyani Awang dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Nabil Ashraf Suhami. 



Hassiemah teruja apabila dinobatkan sebagai juara 'OOTD' #SCMgotstyle. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general