Aug 07, 2017 - 13556
Oleh: Athirah Zulikifli
Kredit foto:
SEKIAN lama menanti, akhirnya sejarah berulang lagi apabila Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid menghiburan peminatnya menerusi Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017. Konsert yang berlangsung di Stadium Negara ini telah menarik lebih 4,000 peminat Datuk Sheila Majid menghadiri konsert tersebut.
Kali terakhir Datuk Sheila Majid, 52 menghiburkan peminatnya di lokasi ikonik itu adalah kira-kira 26 tahun lalu melalui Konsert Legenda. Konsert ini adalah kali ke-4 yang diadakan di stadium bersejarah ini.
Konsert yang berlangsung selama dua jam ini menyaksikan Datuk Sheila menghiburkan peminat dengan menyanyikan 40 lagu, termasuk rangkaian dendangan popularnya seperti Pengemis Muda, Memori, Warna, Antata Anyer Dan Jakarta, Dia, Aku Cinta Padamu dan Sinaran.
Kredit foto:
Selain itu, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 tidak lengkap tanpa bantuan audio yang berkualiti tinggi serta 100 profesional yang menjayakan konsert ini yang dibantu ahli muzik terhebat yang diterajui penerbit muzik tersohor, Mac Chew. Malah, Datuk Sheila Majid turut mengundang komposer Indonesia, Toh Pati mengiringi persembahannya menerusi lagu Kerinduan.
Antara selebriti tempatan yang turut hadir menyaksikan konsert ini ialah Anuar Zain, Ziana Zain, Afdlin Shauki, Ayu Damit dan artis dari tanah seberang, Afgan.
Konsert istimewa itu dianjurkan IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaiment dan disokong oleh syarikat artis Megada Entertainment.
Kredit foto:
Sheila Majid Gah dengan Tiga Persalinan
Selain asyik mendengar kelunakan suara Datuk Sheila Majid turut menjadi tumpuan adalah tiga persalinan yang digayakan olehnya menarik perhatian. Sepanjang konsert berlangsung, Sheila tampil dengan tiga helaian busana mewah bersilih ganti hasil rekaan pereka kegemarannya, Michael Ong.
Busana pertama: Datuk Sheila Majid tampil dengan off shoulder dress rona jingga yang dihiasi dengan draping pada bahu dan hadapan busana. Jalina batu swarovski eksklusif pada bahagian tepi baju memperlihatkan busana itu berganda indah, 'mahal' dan elegan.
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto:
Busana kedua: Ternyata persalinan kedua ini menyerlahkan lagi keanggunan Datuk Sheila Majid yang begitu glamor dengan kilauan jemeki 3D yang memukau penonton. Pantulan kerlipan cahaya pada busana tersebut memperlihatkan Sheila Majid kelihatan begitu gah di pentas mega.
Kredit foto:
Kredit foto:
Busana ketiga: Busana terakhir yang disarung oleh Datuk Sheila Majid ia tampak minimalis namun masih menyerlah dengan menyelitkan elemen mewah seperti juraian jemaki pada jumpsuit berona ungu.
Kredit foto:
Kredit foto: