May 14, 2018 - 214

Koleksi Hari Ibu Swarovski 2018 — Chiara Ferragni dan Ibu Pilih Swarovski, Anda Bila Lagi?

Dengan kata kunci #BrillianceForAll, Swarovski memancarkan inspirasi ini pada wajah-wajah eksklusif dunia. Apakah ini juga pilihan anda buat ibu tercinta?

 

 

 

 

Kredit foto: Swarovski

 

 

Tahukah anda, Malaysia menyertai 79 buah negara lain di seluruh dunia, memilih hari Ahad kedua pada bulan Mei sebagai satu hari teristimewa untuk merayakan insan yang bernama ibu? Negara paling awal menyambut Hari Ibu adalah Norway, iaitu pada hari Ahad minggu kedua bulan Februari. Manakala Indonesia negara paling lewat menyambut Hari Ibu, iaitu pada 22 Disember.

 

Ya, suatu masa dahulu, sambutan Hari Ibu dirayakan dengan sentimen dan persepsi bahawa ibu itu adalah satu figura yang kaya dengan emosi, kelembutan dan sifat-sifat keperempuanan. Namun, hari ini, sentimen itu berbeza.

 

Sambutan Hari Ibu bukan lagi drama melankolik yang melodramatik. Sambutan Hari Ibu sudah berevolusi menjadi sebuah sambutan untuk meraikan kekuatan dan keperkasaan kaum wanita bergelar ibu.

 

Inilah semangat luar biasa yang dibarakan oleh jenama aksesori eksklusif — Swarovski.

 

Swarovski merupakan sebuah jenama aksesori fesyen unggul dan sofistikated. Jenama ini telah menggilap sekian banyak wanita dari seluruh dunia, agar bersinar dan bercahaya dengan karisma kewanitaan yang tulen, sejati, malah berani berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.

 

Tidakkah anda berbangga menjadi wanita Swarovski?

 

 

 

 

 

 

 

...SEBAGAIMANA YANG PERNAH DISEBUT OLEH PENGARAH KREATIF SWAROVSKI, NATHALIE COLIN:

“Sentimen itu kini sudah berevolusi. Ibulah insan yang memaknakan perjuangan. Merealitikan segala yang mustahil. Berdaya melakukan sekian banyak perkara dalam satu masa dengan gaya peribadi yang unik.

 

Ibu menyalakan inspirasi terhebat! Bukan sahaja untuk anak-anak, bahkan untuk wanita lain. Kerana itu Koleksi Hari Ibu Swarovski 2018 didedikasikan khas buat wanita moden hari ini yang elegan, berwibawa, berkarisma, cool, berpendirian, peka trend dan punya kebijakan.”

 

 

 

Kredit foto: Swarovski

 

 

ANUGERAH ISTIMEWA SWAROVSKI SEMPENA HARI IBU

Koleksi Latisha

Antara ‘watak’ utama Koleksi Hari Ibu Swarovski 2018 adalah Latisha, dengan inspirasi flora gabungan rona hitam dan putih. Rekaannya menampilkan kristal Swarovski hitam dan putih pada sisi berbeza.

 

Lebih sempurna dengan kehadiran rantai dan gelang sepadan untuk gaya lebih versatil. Rekaan anting-anting berganda istimewa dengan kehadiran ibu mutiara yang boleh dilaraskan dengan ‘ear jacket’ pada bila-bila masa jika wanita mendambakan trend anting-anting asimetri.

 

 

 

Koleksi Sparkling Dance

Bagi yang cintakan kerlip-kerlip cahaya kristal Swarovski yang bercanda sama permainan cahaya, Koleksi Sparkling Dance pilihan paling sempurna. Rekaan musim ini disempurnakan oleh rekaan motif bunga-bungaan nan glamor dan feminin, untuk gaya harian ibu yang menyerlah lagi sofistikated.

 

Ia hadir sama crystal pave jernih berkilauan. Dan hasilnya? Gaya ibu bertambah elegan dengan kalungan rantai yang mengerdip di leher jinjang, berkilauan indah bergemerlapan di telinga.

 

 

 

Kredit foto: Swarovski (Antara lekuk flora organik yang menjadi jantung Koleksi Hari Ibu 2018 Swarovski.) 

 

 

 

GAYA WANITA KINI LEBIH PERSONAL

Mahukan gaya lebih personalized? Nasihat kami, bermainlah sama teknik layering apabila kalian menyarungkan Koleksi Latisha dan Sparkling Dance. Menyerlahkan lagi gaya chic pantas ini, anda boleh pilih sentuhan klasik seperti gelang Koleksi Subtle, Vittore dan cincin Frisson yang mencetuskan siluet menawan.

 

 

 

WAJAH-WAJAH #BRILLIANCEFORALL

Dengan kata kunci #BrillianceForAll, Swarovski memancarkan inspirasi ini pada wajah-wajah eksklusif yang mereflekskan ikatan kasih sayang ibu dan anak. Cinta mereka sangat tulen.

 

Mereka adalah lambang kekuasaan semangat wanita. Antara wajah ikonik kempen ini adalah fashion influencer terkemuka dunia, Chiara Ferragni dengan pengikut Instagram menghampiri 13 juta, beraksi bersama ibunya, Marina Di Guardo. Tidak ketinggalan, model jelita Amerika, Devon Aoki yang membuat kemunculan khas bersama tiga anaknya.

 

Juga Oluchi Onweagba yang tampil bersama anak lelaki comel. Klimaksnya adalah aura utama kempen ini aka duta Swarovski, Karlie Kloss yang beraksi bersama Maye Musk. Ayuh wanita, masanya untuk kalian bersinar kerana #BrillianceForAll.

 

 

 

 

Kredit foto: Swarovski

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.