Jan 15, 2017 - 1867

“Maaf Kalau Saya Tak Kenal Anda Tapi Tiba-tiba Anda Mahu Baju Tajaan. Gaji Pekerja Perlu dikira” — Syaiful Baharim

Selebriti perlu faham, pereka fesyen juga perlu menanggung komitmen yang pelbagai. Kepada InTrend, pereka berbakat besar, Syaiful Baharim menceritakannya.

 

Oleh: Nurul Huda Hussain

 

 

 

Selepas hampir 15 tahun menceburi dunia fesyen, bagaimana Syaiful melihat transformasi dalam bidang ini?


Saban tahun trend fesyen berubah, begitu juga dengan cara fesyen itu diterjemahkan untuk memperlihatkan perubahan. Jika dahulu pelanggan mahu rekaan couture, custom made, one off dan sebagainya, kini selari dengan perkembangan dunia fesyen menerusi Minggu Fesyen, pertunjukan berskala besar dari luar negara; maka secara tidak langsung ia menjadikan fesyen itu mesra pengguna.

 

Rekaan baju juga lebih accessible, mudah dipakai untuk semua lapisan masyarakat. Dari situ juga tercetusnya koleksi sedia pakai (ready-to-wear) sekali gus membawa perubahan bagaimana fesyen itu dipasarkan. Contoh paling mudah adalah ledakan penjualan secara dalam talian (online) yang membolehkan penggiat fesyen dapat cater segenap lapisan masyarakat.

 

Sebagai pereka fesyen, saya juga masih mempelajari bagaimana untuk memperkasakan kemahiran serta menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Jujur saya melihatnya sebagai satu perkembangan positif yang memberi nilai tambah kepada penggiat fesyen. Saya masih mengekalkan sentuhan minimalis embellishment kerana DNA rekaan saya masih bercirikan clean cut. 

 

 

 

 

Komen anda mengenai trend fashion entourage, adakah ia menjadi kemestian bagi seseorang pereka untuk mengadakannya? 

Sejujurnya ia membantu daripada segi mempromosikan jenama fesyen itu sendiri. Berbekalkan skuad yang mantap, ia memberi kesedaran bagaimana fesyen itu harus diterjemahkan.

 

Ia memberi impak positif jika peminat melihat selebriti kegemaran mereka dalam sesebuah skuad itu tampil yakin sekali gus memberi tanggapan bahawa selebriti itu peka dengan perubahan fesyen misalnya. Pada masa sama ia menjadikan fesyen itu more accessible kepada sesiapa jua. 

 

 

 

Ada yang berpendapat fashion entourage itu memperlihatkan imej yang gah dan glamor, komen anda? 

Benar, ia menterjemahkan de nisi yang anda sebutkan tadi. Pada saya, apa yang membuatkan ia gah kerana dalam entourage itu ada nama-nama besar seperti selebriti dan individu yang terlibat dalam industri fesyen.

 

Pada pandangan umum, mereka beranggapan, 'Wow nampak gah team ini dengan koleksi baju sedondon'. Harus diingat, prinsipnya bukan mahu menunjuk- nunjuk kerana pada peringkat awal kami sebagai pereka fesyen memilih muse sebagai wajah kepada koleksi tertentu juga wakil epada nama pereka itu sendiri. Dulu saya menggunakan muse yang terdiri daripada barisan selebriti seperti Jeslina Hashim, Irene Santiago, Nasha Aziz, Maya Karin dan ramai lagi.

 

Pemilihan muse bergerak sering dengan perkembangan semasa dan apa yang lebih penting adalah muse boleh carry your brand and look. Dan trend hari ini, kita beralih kepada skuad fesyen yang lebih ramai ahlinya. Lebih ramai bermakna kita dapat lihat lebih banyak karakter dan elemen rekaan yang diterapkan dalam skuad itu sendiri. 

 

 

 

 

Fakta menarik mengenai entourage anda? 

Entourage saya terdiri daripada individu yang banyak bekerjasama dengan saya. Mereka datang daripada latar belakang berbeza seperti klien, media, selebriti, model dan individu yang mencetuskan inspirasi.

 

Mereka banyak memberi ilham dalam setiap rekaan saya. Pada saya, fesyen itu tidak semestinya untuk kelompok tertentu sahaja. Saya ingin buktikan dalam entourage ini bahawasanya semua orang boleh berfesyen. 

 

 

Sudah lengkap entourage anda atau mahu tambah ahli? 

Jika boleh, saya mahu lebih ramai sertai entourage ini. Misalnya saya ingin mempunyai jurufoto, jurusolek, pendandan rambut dan penata gaya kerana mereka yang banyak memainkan peranan mencantikkan setiap individu dalam entourage ini. 

 

 

 

 

 

Momen yang paling best dalam entourage anda? 

Apabila selesai acara atau pertunjukan fesyen umpamanya, setiap daripada ahli entourage memberikan maklum balas yang baik, aura positif sudah cukup memaknakan hari saya. Segala penat lelah dan masa yang diperuntukkan terasa berbaloi. 

 

 

Kongsi rutin anda sebelum berlangsungnya pertunjukan? 

Pembantu saya akan menyemak semula semua baju yang akan diperagakan, malah saya juga akan melakukan nal check untuk memastikan semua baju (from head to toe) sedia disarungkan barisan model.

 

Saya tidak na kan ada kalanya pada peringkat susunan dan sebagainya. Ia agak mencabar kerana di belakang pentas itu kami 'berperang' dengan masa. Tidak sampai tiga saat, model lain perlu keluar ke runway dan untuk memeriksa secara teliti satu persatu memang memenatkan.

 

Syukur kerana jarang berlaku insiden misalnya model tidak muat pakai baju kerana berdasarkan pengalaman dalam industri, ia banyak mengajar saya mengenai pentingnya persiapan awal dalam setiap sudut. 

 

 

 

It's Tomorrow..... #fvbridal #syaifulbaharim

A photo posted by baharim (@syaifulbaharim) on

 

 

Pengalaman bekerjasama dengan selebriti sepanjang berada dalam industri, pernah ada pengalaman buruk? 

Alhamdulillah hingga hari ini tiada. Mungkin mereka maklum mengenai nama Syaiful Baharim, kerana saya amat selective dalam pemilihan model atau selebriti yang akan carry baju saya. Maaf jika saya tidak mengenali anda dan tiba-tiba mahu mendapatkan tajaan baju saya, saya tidak akan layan. Saya hanya selesa bekerja dengan mereka yang pernah bekerjasama dengan saya.

 

Saya tidak mahu menaja baju yang tidak sesuai dengan karakter anda, pengakhirannya nanti akan memberi reputasi buruk kepada nama saya juga. Bukan bererti saya sombong tetapi semuanya dilakukan demi menjaga nama baik kedua-dua pihak. Selebriti juga perlu faham, seperti mereka kami sebagai pereka juga bekerja.

 

Ada komitmen yang perlu diambil kira seperti membayar gaji pekerja, utiliti dan itu ini. Tidaklah boleh terlalu bergantung kepada soal penajaan semata-mata. Ia juga bergantung kepada apa nilai tambah yang akan kami peroleh seperti bagaimana baju itu diberi kredit dan sebagainya. Jika mahu mereka baju baru semata-mata untuk disarung artis, memang tiadalah! Hahaha... 

 

 

Pendekatan dalam menangani komen negatif yang dilemparkan pada rekaan anda?


Saya melihatnya daripada sudut yang positif kerana sudah menjadi lumrah, we can't please everybody. Apatah lagi bergelumang dalam dunia fesyen, apa sahaja yang ditampilkan pasti tidak mampu memuaskan hati dan cita rasa semua.

 

Pasti ada yang kurang dan sebagainya. Apa yang perlu ditambah baik, saya akan ambil dan lakukan perubahan selain tidak akan mengulanginya lagi. Selebihnya jika menerima pujian atau maklum balas positif, pada saya usah terlalu selesa. Berpijaklah di bumi nyata (ketawa). 

 

 

 

 

 

Scha Alyahya 

 

 

 

 

Sejak bila mengenali Syaiful Baharim? Bagaimana boleh bekerjasama dengannya? 

Saya mengenali Syaiful sejak 2012. Saya rasa cukup bertuah kerana dalam ramai-ramai artis, saya yang dipilih sebagai muse bagi Bridal Campaign. Selepas melihat adanya keserasian maka saya putuskan untuk memilih Syaiful sebagai salah seorang pereka busana perkahwinan saya. Baju nikah dan persalinan untuk memotong kek adalah rekaan Syaiful. 

 

 

Sentuhan magis Syaiful Baharim bisa membuatkan penampilan seseorang terlihat lebih wow. Setuju?

Sudah tentu! Dia boleh menghasilkan rekaan yang ringkas namun pada masa sama menonjolkan potongan dan perincian yang unik. Tatkala menyarung helaian baju daripada rekaannya sudah cukup membuatkan penampilan ringkas saya menjadi tumpuan.

Nampak sahaja biasa tetapi sebenarnya terselit elemen luar biasa dan hanya individu yang pernah menyarung rekaannya sahaja bisa memahaminya. 

 

 

 

Love yaaaaaa ! Congrats @syaifulbaharim @syaifulbaharimkl rtw

A video posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

 

 

Senang berurusan dengan Syaiful Baharim? Mengapa? 

Sangat mudah kerana dia tahu apa yang sesuai atau tidak dengan kliennya. Cara dia mereka setiap busana itu benar-benar mengikut bentuk tubuh. Dia juga seorang yang minimalis seperti saya yang menggemari sesuatu yang ringkas. 

 

 

Pada pandangan Scha, di mana letaknya keunikan pada Syaiful Baharim?

Keunikannya adalah dia seorang pereka fesyen yang merendah diri dan sangat pemalu. Biarpun namanya cukup besar dan disegani ramai, namun dia masih mengekalkan identiti dan keaslian dalam setiap rekaannya. 

 

 

<<Tonton Video Temu bual Eksklusif bersama Fun Squad Syaiful Baharim>>

 

 

 

 

Mungkinkah akan ada koleksi ready-to-wear by Scha Alyahya featuring Syaiful Baharim?

Insya-Allah, jika ada perancangan akan saya maklumkan dari masa ke masa. 

 

 

Evolusi rekaan Syaiful Baharim pada pandangan Scha? 

Trend fesyen sentiasa berubah-ubah sesuai dengan peralihan zaman. Trend fesyen itu sendiri bergerak dengan pantas. Sebagai pereka, Syaiful sentiasa peka melihat perubahan yang berlaku. Malah dalam sela-sela masa dia mengikut trend, masih ada elemen dan signature stailnya yang dikekalkan kerana itulah yang menjadikannya unik berbanding pereka lain. 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.