Apr 02, 2017 - 251

Benarkah Warna Busana Biru Muda, Krim dan Biru Laut Menonjolkan Sifat Keibuan? Tak Percaya Baca Ini!

Warna busana yang dipakai memberi refleksi kepada apa yang kamu mahukan. Cuba teliti tafsiran berikut:

 

 

 

 

Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

 

Ingin Privasi

Kalau kamu mahukan privasi atau ingin menyembunyikan perasaan dan tekanan yang kamu alami, biasanya busana pilihan mestilah berwarna gelap. Warna seperti ini sesuai dipakai kalau kamu sedang berkabung, baru putus cinta atau mahu menyendiri dan tidak mahu diganggu sesiapa ketika itu. 

 

 

 

 

 

Perlukan Semangat

Pakaian berwarna merah biasanya mampu memacu rasa percaya diri, membuatkan kamu rasa tenang dan dalam kawalan. Kalau kamu rasa sedih, jangan memakai pakaian yang membuatkan kamu rasa kusam dan tidak bersinar kerana warna-warna itu akan semakin membuatkan kamu kelihatan tidak menarik. 

 

 

 

 

 

 

Rasa Keibuan

Warna pastel baik dipakai sewaktu kamu sedang hamil. Pilih warna biru muda, krim, biru laut, putih, pink dan lavender (ungu muda). Nampak manis, lebih sedap mata memandang mengundang rasa kasihan. 

 

 

 

Sedang Hangat Bercinta

Jatuh cinta adalah saat kulit kita berseri, sihat dan berasa selesa dengan orang yang di sekeliling. Warna merah muda lembut, jingga muda akan mengekspresikan perasaan tersebut.

 

Jadi kalau kamu ingin mengubah hidup dan ingin menunjukkan suasana hati, kamu cuba sahaja warna-warna yang disebutkan tadi. Siapa tahu hidup kamu jadi lebih ‘hidup’ dan manfaatnya boleh kamu rasai dalam waktu singkat. Hidup pasti bahagia dan lebih ceria. 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.