Jun 08, 2016 - 59

[TRENDING] Ayda Jebat Wajah Terbaru Koleksi Hari Raya H&M

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, H&M tampil berkolaborasi dengan penyanyi dan aktres popular...

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, H&M tampil berkolaborasi dengan penyanyi dan aktres popular, Ayda Jebat menerusi himpunan eksklusif helaian-helaian serasi lebaran yang terdiri daripada pilihan peribadi Ayda Jebat sendiri. 

 

😍🌹 Ni la surprise nya! Kenid rasa excited sangat nak share dengan awak semua yang Kenid berkolaborasi dengan H&M untuk Raya tahun ni! Yay! Korang semua boleh lah serbu H&M yang terdekat dan shopping gaya favourite Kenid dari H&M untuk raya nanti! Alhamdulillah. 😎 . Fashion H&M ni memang sesuai untuk semua kalau nak beraya, pergi melawat sedara-mara, pergi dating pun boleh! Makin mudah la plan nak usha abam soda kalau dah cun macam kenid! Bakal mak mentua pun cair! Syioooknya! Hihi! βœŒοΈπŸ˜†βœŒοΈ . Coming soon di semua H&M seluruh Malaysia! Thank you H&M! Im so proud! Guys! Are you ready? 😘 . #AydaJebat #HMMalaysia #HMxAydaJebat #PencuriHati #AydahreadynakrayadenganHM 😘

A video posted by Ayda Jebat (@aydajebat) on


Antara helaian pilihan Ayda Jebat yang bakal memeriahi rak gaya H&M dalam masa terdekat ini adalah skirt motif bunga, blaus longgar, jaket labuh serta aksesori warna-warni. Kesemua koleksi ini bukan sahaja sopan dan sesuai untuk Hari Raya Aidilfitri malah boleh sahaja disarungkan untuk majlis dan perayaan lain. Menurut Pengurus Negara H&M Southeast Asia, Fredrik Famm, "Kami tertarik untuk berkolaborasi dengan Ayda Jebat kerana personalitinya yang ceria dan cita rasa fesyennya yang unik. Ayda Jebat pintar mengeksplorasi gaya padu-padan bahkan tidak gentar bereksperimen dengan koleksi fesyen terbaru H&M."
h-m0077-2-(1).jpgh-m0304-2-(1).jpgh-m0150-2-(1).jpg



 

Ayda Jebat mengakui, dia adalah peminat tegar jenama H&M dan kolaborasi ini adalah satu keterujaan buatnya kerana dapat bekerjasama secara profesional dengan jenama fesyen kesayangannya. Menurut Ayda, kesemua koleksi ini sangat feminin, pasti tidak menghampakan peminat-peminatnya dan pencinta jenama H&M sendiri. Koleksi ini boleh anda perolehi di semua stor H&M seluruh Malaysia mulai 16 Jun ini.
h-m0380-2-(1).jpgh-m0488-2-(1).jpgh-m0584-2-(1).jpg


#HMMalaysia #HMxAydaJebat



 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.