Aug 29, 2016 - 126

Willow Smith Wajah Terbaru Kempen Chanel Fall/Winter 2016/17 Eyewear

Jenama fesyen termuka, Chanel telah mengumumkan Willow Smith sebagai wajah baru bagi kempen Fall/Winter 2016/17.

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my 
 


Foto: 
Karl Lagerfeld


Seorang pengarah kreatif rumah fesyen serta lagenda dunia, Karl Lagerfeld yang dikenali sering kali memilih para supermodel terkenal untuk berjalan di atas pentas Chanel seperti Gisele Bundchen, Cara Delevingne, dan Kendall Jenner. 

Kini lagenda fesyen ini memilih Willow Smith yang bakal membintangi kempen terbaru Chanel. Anak perempuan kepada pelakon terkenal Will Smith ini terpilih sebagai menjadi wajah terbaru produk kaca mata Chanel untuk koleksi Chanel Fall/Winter 2016/17. Menariknya, jurugambar bagi kempen Chanel ini adalah Karl Lagerfeld sendiri. Wow, hebatnya! Kesemua foto Willow dalam kempen ini menggunakan elemen rona hitam dan putih yang memberi efek eksklusif pada gambar. 


Foto: Karl Lagerfeld


Foto: Karl Lagerfeld


Foto: Karl Lagerfeld
 

Kempen Chanel’s Fall/Winter 2016/17 Eyewear ini adalah iklan pertama Willow Smith bagi rumah fesyen terkemuka. Willom juga berterima kasih kerana terpilih menjadi wajah bagi jenama Chanel menerusi akaun Instagramnya dengan sebuah foto Willow bersama Karl Lagerfeld di belakang pentas Chanel. 

 
 
 

@WillowSmith #ChanelEyewear #ChanelFallWinter2016

A video posted by CHANEL (@chanelofficial) on



 

@WillowSmith #ChanelEyewear #ChanelFallWinter2016

A video posted by CHANEL (@chanelofficial) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.