Oct 07, 2014 - 4

Fareeda Iklan Tudung Pada Pesawat

Pengeluar Tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan tersendiri dengan mempromosikan produknya pada badan pesawat milik Firefly Airlines

4SFWFWEFWE.jpg
Pengeluar Tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan tersendiri dengan mempromosikan produknya pada badan pesawat milik Firefly Airlines (Firefly) bermula tahun ini. Menurut Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui industry penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia. Ujarnya,
GFBRBRTB.jpg
“Firefly sedang memperluaskan rangkaian penerbangan mereka jadi kami berharap kerjasama ini akan meningkatkan perolehan Fareeda.” Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu). Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis pelancaran iklan Tudung Fareeda pada badan pesawat ATR 72-600 Firefly di Lapangan Terbang Subang.
DSFWEFWDFE.jpg
Turut hadir pada majlis pelancaran ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong; Pengasas Fareeda, Faridah Zakaria; Pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim dan Ketua Bahagian Pemasaran Fareeda, Fizo Omar

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: