Nov 07, 2014 - 668

Penyanyi Wanita Bertudung Paling Berpengaruh Di Malaysia

Penampilan seorang artis juga melambangkan imej muzik seseorang penyanyi. Hari ini InTrend senaraikan senarai penyanyi wanita bertudung paling di gemari.

Revolusi muzik di Malaysia juga dilihat berada pada satu fasa yang melangkah setapak ke hadapan. Penampilan seorang artis juga melambangkan imej muzik seseorang penyanyi. Hari ini InTrend senaraikan senarai penyanyi wanita bertudung paling di gemari. 

1siti-nurhaliza.jpg
Dato Siti Nurhaliza 
Penyayi no 1 Malaysia ini mula bertudung sepenuhnya pada awal tahun 2013. Bukan sahaja lagu dan suaranya menjadi dambaan semua rakyat jelata. Personaliti manja dan fesyen tudungnya sering menjadi ikutan. Berkolaberasi dengan beberapa nama fesyen terkemuka menghasilkan koleksi eksklusif tudung menjadi fenomena suatu masa dulu. 

Yuna.jpg
Yuna
Gaya turban merupakan trademark penyanyi ini.  Boleh dikatakan Yuna merupakan trendsetter bari remaja bertudung untuk kelihatan bergaya. Tidak pernah gagal dalam bergaya kini Yuna menempa nama ke peringkat antarabangsa. 

original.jpg
Najwa latif
Agak lama selebriti ini senyap, mungkin kala ini dirinya sibuk dengan jadual pembelajaran kolej yang padat. Biar apapun, Najwa Latif kekal menjadi pilihan golongan remaja yang adore dengan lagu dan suara chic! Penyanyi muda ini. Biar fesyen nya sering di kritik oleh peminat fesyen, dirinya tenang dan terus mendaki mengapai awan. 

image-11.jpg
Heliza Helmi
selebriti bermata galak ini bukan sahaja miliki bakat dalam nyanyian malah bijak dalam berkata-kata. Ramai golongan universiti khususnya meminati gaya heliza. Mungkin kerana, penampilan gaya ringkas yang di potret kan oleh Heliza merupakan citarasa masyarakat kini. Paduan gaya baju potongan “A” shape sering di padankan dan menjadi ikutan wanita muslimah 

Shila-Amzah.jpg
Shila Amzah
biar di palit pelbagai kontroversi berkaitan hubungan cinta dan juga kareanya. Shila Amzah masih bertakhta di hati peminat di Malaysia. Biar gaya tudung yang tidak pernah menjadi ikutan fesyen, Shila Amzah masih maintain mengekalkan suara dan karya lagu yang menjadi siulan di corong radio. Mengapai awan dalam kerjayanya, kini  Shila Amzah Berjaya di Negara China mengejar cita-cita. 

alyah-biru.jpg
Alyah 
Selebriti berpengalaman ini bukan sahaja cantik malah gayanya sering menjadi perhatian. Ramai yang menamakan Alyah sebagai fashionista muslimah. Malah gaya Alyah juga pernah di kritik oleh peminat fesyen. Secara keseluruhan alyah kelihatan versatile, lontaran vocal yang hebat dan paduan gaya yang memukau menjadikan alyah seorang selebriti berpengalaman yang paling di minati.  
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Hidaya Abaya 'High Fashion' Pertama Malaysia

  • Seterus →

    Penyanyi Wanita Bertudung Paling Berpengaruh Di Malaysia