Jan 17, 2019 - 41

Mahukan Tudung yang Selesa dan ‘Trendy’? — ALHUMAIRA Menepati Cita Rasa Anda

Jenama modest yang sentiasa jadi pilihan hijabi kala ini terus melahirkan produk baru yang mementingkan kualiti dan kekal cantik disarung.

 

 

 

 

 

 

 

SEJAK dibuka pada 2010, jenama modest ini sudah meniti mesra pada bibir Muslimah moden yang gemarkan pilihan sedia pakai yang sopan, bergaya dan mementingkan keselesaan.

 

Daripada blogshop pertama mereka sehingga punya butik milik sendiri, Alhumaira masih kekal pada visi dan tujuan mereka untuk menawarkan modest wear yang tinggi kualiti namun pada harga yang berpatutan untuk penggemar jenama mereka.

 

Alhumaira konsisten dan kerap dalam menghasilkan koleksi-koleksi terkini yang dinantikan oleh industri fesyen Muslimah. Pereka Alhumaira hanya bermain sama fabrik terbaik yang diterbangkan dari seantero pelusuk negara dalam menjaga kualiti dan menggabungkan selera antarabangsa dan  kemahuan penggemar lokal.

 

Selain mengutamakan keselesaan si pemakai.

 

 

 

 

 

 

 

Terbaru daripada  portfolio alhumaira – BASIC PREMIUM SHAWL dan TIFFANY NECK COVERED INNER

 

 

Tiffany Neck Covered Inner

Dijamin sebagai inner paling selesa yang  kekal sejuk kala disarung walaupun sepanjang hari. Menggunakan fabrikasi serap peluh dan mudah kering. Ketelitian juga diletakkan pada bahagian telinga dan kepala agar tidak terlalu ketat.

 

Alhumaira memilih untuk menggunakan fabrik yang diimport khas dari Korea, yang antibakteria dan cukup berkualiti tinggi sesuai dengan cuaca panas lembap di Malaysia. Tiffany Neck Covered Inner ini juga melekap erat kerana potongannya.

 

Ia juga memberikan fitting yang sempurna pada inner untuk menyelesakan bahagian leher para hijabi yang menyarungnya. Getah pada belakang kepala pula menjadikan ia tidak mudah melorot dan melekap elok di kepala.

 

Ia menutup leher dan sesuai digayakan dengan shawl  jarang. Kualiti jahitan gred  A menjadikan Tiffany Neck Covered Inner ini tahan pakai bertahun-tahun lamanya. Pilihan paling tepat buat kalian!

 

 

 

 

 

 

 

Basic Premium Shawl

Rekaan terbaru hasilan Alhumaira ini direka daripada fabrikasi sifon Korea yang berkualiti tinggi, tidak kalis cahaya, lembut dan beralun cantik. Fabrik yang diterbangkan terus dari Korea ini didatangkan dengan jahitan tepi yang kemas, berkualiti tinggi dan dijahit sendiri oleh team pereka jenama ini.

 

Ia tahan lama dan tidak mudah rosak menjadikan ia pilihan wanita hijabi kini. Rekaan juga hadir dengan ajnas pilihan rona trendy sesuai pelengkap gaya.

 

Metal tag pada sisi penjuru shawl diterap jenama Alhumaira memastikan ia asli dan tampak mewah sesuai digayakan tidak kira peringkat usia mahupun selera dalam berfesyen.

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.