Dec 26, 2014 - 3

Gaya Betul Selendang Lace

Pasti menyerlahkan gaya ratu si pemakai.

Renda, ratu kain. Dijadikan panel dominasi tudung, pasti menyerlahkan gaya ratu si pemakai.
sdcvecaswec.jpg
Langkah 1 & 2
Bahagikan tudung panjang dan pendek. Panjangkan bahagian berenda
Kelepetkan tudung di tepi kepala dan pinkan dengan peniti.
efwefdwe.jpg
Langkah 3 & 4
Tarikkan bahagian pendek itu menyilang dan pinkan di tepi telinga.
Tarikkan bahagian panjang menyilang ke bahagian kiri pula.
rwefwefcwe.jpg
Langkah 5 & 6
Pastikan bahagian panjang itu disilangkan ke atas kepala dan ditarik ke kanan.
Kemaskan bahagian berenda di tepi kepala bahagian kiri menyilang bawah dagu.
 
TEKS DAN PENYELARAS AFIZA KAMARULZAMAN
SOLEKAN LEEN ZAKARIA
MODEL IZZATI SUCCINYL
TUDUNG SCARVES BY FARAH SOFIA

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: