Oct 07, 2014 - 30

Koleksi Jubah Bella Ammara & Liyana Jasmay

Bella Ammara meneruskan kerjasama dengan seorang lagi selebriti tanah air : Liyana Jasmay. Satu majlis pelancaran telah di adakan di The Terrace Restaurant

Bella-Liyana-01-2.jpg
Kolaberasi Bella Ammara bersama selebriti tanah air bukanlah sesuatu yang asing. Terdahulu beliau telah bekerjasama bersama Neelofa dalam penghasilan koleksi Tiara Jubah dan mendapat tempat di hati penggemar busana muslimah. Kini Bella Ammara meneruskan kerjasama dengan seorang lagi selebriti tanah air : Liyana Jasmay. Satu majlis pelancaran telah di adakan di The Terrace Restaurant, The Curve, Damansara. 
Bella-Liyana-01-3.jpg
Menamakan koleksi kali ini sebagai BellaLiyana01, ia berkonsepkan classic dan luxe. Koleksi jubbah yang punyai 10 warna ini di beri nafas baru menggunakan gabungan tweed lace di sempurnakan lagi dengan elemen Beadwork Swaroski yang cukup minimal tetapi mewah. 
Bella-Liyana-01-4.jpg
Bella-Liyana-01-5.jpg
Bella-Liyana-01-1.jpg
Koleksi ini boleh mula dimiliki di butik Bella Ammara yang baharu di buka di Shah Alam pada harga RM294. Manakala jualan secara online akan dibuka tidak lama lagi. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: