Apr 13, 2017 - 4041

NEELOFA Tersenarai ‘Forbes Asia 2017’ Bawah 30 Tahun — Ini Genius Bisnes Muda, LUAR BIASA!

Pelakon, Neelofa yang terkenal sebagai wajah hadapan Naelofar Hijab merupakan antara individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Tahniah!

 

Susunan: Norhaizan Ahmad 

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

 

BIJAK memanfaatkan ruang dalam industri, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tidak mensia-siakan masa mengorak langkah demi membina sebuah legasi. Dan hari ini, usaha dan kerja kerasnya selama ini berbaloi apabila syarikatnya tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

 

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

 

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Senarai Tahun Ini Tidak Stereotaip, Malah Sokong Perubahan Sosial 

Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

 

"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.

 

"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

 

"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.

 

Ramai yang Hebat-hebat Dalam Senarai Tahun Ini 

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey and Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim  and  Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

 

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

 

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

 

Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web www.forbes.com/30-under-30-asia/2017. 

 

Sumber: Bernama

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Selepas Gagal Jual Produk Kosmetik, Gadis Ini Dedah Rahsia Bagaimana Jual Tudung Untung Ratus Ribu

  • Seterus →

    6 Langkah Ikatan Shawl Pusar Tepi yang Mudah dan Kemas