Jan 10, 2019 - 145

Bersukan Pun Boleh Menjaga AURAT— TUDUNGPEOPLE Tampil Koleksi Najwa Sport Khas Buat Hijabi

Mengisi ruang yang tidak diisi, najwa sports collection melahirkan produk yang kekal berpaksi dalam menjaga aurat wanita atletik, kekal aktif.

 

 

 

 

Kredit foto: TudungPeople

 

 

 

NAJWA Sport Collection menjadi taruhan terbaru label TudungPeople untuk pencinta jenamanya.

 

Tidak mahu ketinggalan dalam trend gaya hidup sihat kini yang semakin dipandang utama secara global, TudungPeople dengan bangganya menjadi antara yang paling awal dan hadapan dalam menghasilkan rangkaian pakaian aktif  khas direka untuk wanita hijabi dan ruang perniagaan yang semakin besar dan membangun. 

 

Sebelum ini pilihan wanita berhijab dalam gaya aktif agak terhad, yang keduanya selesa namun masih lagi direka khas sesuai dengan aktiviti sukan yang lasak. Jika sebelum ini pilihan cuma sekadar menutup aurat dan tidak membantu beri keselesaan optimum kala beriadah.

 

Menyedari ruang dan permintaan yang besar dalam  pasaran, TudungPeople menghasilkan rangkaian tudung aktif yang mampu milik dan lasak untuk disarung kala aktif dan mengisi ruangan kosong itu.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

 

 

 

Antara faktor penting TudungPeople beri perincian kala mereka rangkaian atletik Najwa adalah kepercayaan dan misi mereka untuk menghasilkan rekaan yang menuruti Syariah dan tiada kompromi menjaga aurat namun kekal bergaya dan punya stail.

 

Mereka percaya semua wanita seharusnya punya produk dan rangkaian yang memenuhi kehendak dan kemahuan mereka, bentuk tubuh, keselesaan dan tentu sekali gaya hidup.

 

 

 Kredit foto: TudungPeople

 

 

 

Dalam perihal ini, wanita atletik lasak sering bergerak dan kekal aktif, maka dengan rangkaian Najwa direka khas menggunakan fabrik sejuk yang inovatif, tidak berbau dan pantas serap peluh lalu mengering dalam skala waktu yang singkat menjanjikan hijabi yang gemar bersukan sentiasa kering dan kekal selesa.

 

Rangkaian hijab sporty ini hadir dalam pelbagai jenis rekaan termasuk Sports Shawl dan Sports Instant Hijab. Rangkaian Sports Hijab ini ringan, mudah bernafas untuk memaksimumkan keselesaan kala hujan mahupun terik sinar suria.

 

 

 Kredit foto: TudungPeople

 

 

 

Pentingnya dalam rangkaian Najwa Sports hijab adalah instant hijabnya yang melekap selesa untuk aktiviti sukan lebih lasak mahupun kiranya jika mahu diselitkan ke dalam baju.

 

Potongan yang lebih senteng pada bahagian belakang memberi pengudaraan lebih baik namun begitu bahagian hadapan masih lagi labuh menutup dada.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

 

 

 

Fabrikasi hypoallergenic digunakan kerana ia mengenyah bakteria, antimicrobial dan mengenyah bau sekali gus beri rasa selesa yang optimum dengan strip pantul cahaya pada bahagian hadapan dan belakang untuk aktiviti waktu malam.

 

Selain itu, hadir potongan slit pada telinga untuk kaca mata atau pendakap audio untuk telinga (headphone), juga awning mini supaya dahi tidak berpeluh, sejuk lagi selesa. Ini antara rekaan unik lagi penting dalam rangkaian Najwa Sports Instant Hijab.

 

 

 

 Kredit foto: TudungPeople

 

 

 

TudungPeople juga berkolaborasi dengan jenama  pusat  kecergasan terkenal, Celebrity Fitness Malaysia dan Fitness First Malaysia untuk memudahkan lagi wanita hijabi yang aktif bersukan untuk mendapatkan rangkaian Najwa Sports Collection selain membelinya di www.tudungpeople.com dan TudungPeople Signature Butik di Bangi Sentral.

 

 

 

 Kredit foto: TudungPeople

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.