Dec 25, 2016 - 6717

10 Idea Perkahwinan Sentuhan Man Kajang, Perancang Perkahwinan 'Otai', Jom Tengok Kalau Anda Sedang Cari Idea

Hasil sentuhan yang unik dan kemas menjadi pilihan pengantin. Cuba anda jenguk seleksi gubahan hantaran dan koleksi pakaian pengantin songket yang pasti memikat hati anda.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

norhaizan_ahmad@astro.com.my

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Memulakan perniagaan Butik Man Kajang? 

Sudah 25 tahun saya membina nama dalam industri ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kegigihan bekerja juga limpah rezeki-Nya, hingga kini Butik Man Kajang masih utuh. 

 

 

Kongsikan kepakaran anda menggubah hantaran?

Nak kata pakar tidaklah juga. Tetapi saya belajar dari bawah untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Apa yang penting dalam menghasilkan gubahan yang cantik adalah ilham terkini yang sentiasa segar dan baru buat tatapan pengantin.

Selalunya tema ditentukan oleh pelanggan. Saya sekadar membantu merealisasikan impian mereka mendapatkan gubahan yang cantik. Selepas tema dipilih, saya akan menempah khas dulang hantaran termasuk pilihan kuntuman bunga segar yang diimport dari China. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Pakej yang ditawarkan? 

Untuk gubahan hantaran harganya serendah RM250 dan ke atas untuk satu dulang. Tak mahal pun! Kalau berbajet kecil, saya sarankan pelanggan untuk kurangkan bilangan dulang hantaran kepada lima dulang sahaja. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Sekiranya berlaku musibah kala melaksanakan tugas menggubah hantaran, apakah anda ada pelan B untuk mengatasinya? 

Oh, sudah tentu ada pelan B! Dalam melaksanakan apa jua bidang tugas, kita kena bersedia dengan plan B sekiranya perancangan awal tidak menjadi. Saya akan cuba hasilkan gubahan yang tidak lari jauh daripada konsep asal.

Justeru, komunikasi antara saya dan pelanggan harus seiring agar mereka tahu masalah yang dihadapi. Nanti tidaklah terkejut badak pasangan mempelai melihat hantaran yang saya hasilkan. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Sepanjang penglibatan anda menggubah hantaran, pernahkah anda dimarahi pelanggan? Komen?

Ya, saya pernah mengalaminya. Ini kerana keluarga pengantin tidak suka dengan pemilihan bunga dan cara gubahannya. Meski tersentap dan sedih kerana saya menghasilkannya mengikut permintaan mereka kala berunding dulu, namun saya buat seikhlas hati untuk mengubah semula sebaik mungkin bagi memuaskan hati semua. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Pada pandangan anda, bilakah masa yang sesuai untuk pelanggan membuat tempahan?

Sebaik-baiknya dua tiga bulan sebelum majlis berlangsung. Ini bagi mengelakkan musibah yang tidak dijangka. Pun begitu, saya masih menerima tempahan seminggu sebelum majlis, tetapi hasilnya berdasarkan apa yang saya ada sahaja. Tak bolehlah minta lebih- lebih kalau tempah pun dah lewat ya! 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Trend gubahan hantaran terkini? 

Gubahan hantaran kini lebih ringkas. Less is more. Gaya Inggeris yang didominasi penggunaan bunga-bunga segar berona pastel juga semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan saya. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Tips buat bakal pengantin? 

Pertama, kena ada konsep perkahwinan supaya saya dapat aturkan idea gubahan yang seiring dengan tema majlis. Kedua, buat tempahan seawal dua tiga bulan sebelum majlis berlangsung. Ketiga, fasal bajet janganlah kedekut ya!

Perkahwinan itu sekali seumur hidup, apa salahnya peruntukkan bajet yang bersesuaian agar hati anda gembira meraikan hari besar nanti. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Momen paling manis yang mahu dikongsi bersama pembaca InTrend? 

Dapat membantu pengantin merealisasikan impian mereka mendapatkan gubahan hantaran yang diingini, itu adalah momen indah bagi diri saya. 

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Kredit foto: @mankajang29

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.