May 03, 2017 - 18854

Foto Eksklusif Che Puan Juliana Evans Memakai Gaun Pengantin Moden yang Tidak Pernah Anda Lihat

InTrend imbas kembali foto-foto Che Puan Juliana Evans sewaktu menjadi model memperagakan busana perkahwinan moden nan indah. Mungkinkah salah satu gaya persalinan ini bakal menjadi pilihannya untuk majlis resepsi nanti?

 

 

 

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

BARU beberapa hari berlalu, pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans selamat bernikah dengan putera kacak pilihan hatinya iaitu Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

 

Juliana Evans dan pasangan selamat diijabkabul dengan hanya sekali lafaz pada hari Ahad lalu jam 10.45 pagi, dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

 

Sementara kita menanti majlis resepsi pasangan pengantin baru sama cantik ini, apa kata kami bawakan kepada anda, foto-foto eksklusif Che Puan Jualiana Evans sewaktu dia beraksi untuk Edisi Perkahwinan majalah InTrend Malaysia, lima tahun yang lalu. Yang pasti, kejelitaannya sedikit pun tidak berkurang. Tahniah buat kedua-duanya! 

 

 

 

 

 

 

 

Raise your glass (dan your sense of style) dengan pilihan gaun baby doll potongan paras lutut berhias batuan kilat dan manik kaca di samping pinggang. Bodice berlapik manis net penuh bintik polka. Gaun pendek manis rekaan Rizman Ruzaini. Cincin berbentuk bongkah dua, K.M Oli Mohamed. Reben kecil kundang, Zery Zamry

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Usah risau gaun pengantinmu terlalu polos dan senyap, bikin ia menjerit dengan aksesori dan padanan paling kekal di hati. Gaun labuh putih lengan panjang, Ezuwan Ismail. Layah sarat manik dan batu rona merah jambu frosty, Hatta Dolmat. Tali pinggang knotted dua gabung, Syaiful Baharim. Cincin di jari bentuk rosette kembang, K.M Oli Mohamed. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Korsaj bentuk kelopak bunga ditemani sulaman dada bikin dress ringkas lebih appealing. Change it up bikin ubah seluruh gaya. Savvy dan elegan dalam satu. Gaun renda timbul dan korsaj, Nazreen Idris. Subang teardrop dan cincin bentuk kelopak, K.M Oli Mohamed. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Forgo typicality gaun labuh dan heavily beaded gown (jika ia bukan cita rasa kamu). Subtlety juga sudah kuat beri kesan yang mendalam. Dress pendek bermain dengan ropol jatuh di samping bahu trimming merah dara sepadan corak kembang bunga lukis tangan. Gaun draped, Ashley @ Kapas. Rantai berloket biru nilam dengan cuff tangan mewah dan cincin batu oversize, K.M Oli Mohamed. Sepatu tinggi balut renda dedaun, Hatta Dolmat. 

 

 

 

 

 

 

 

Hollywood screen siren menjadi tema dengan gaun labuh minimal bertingkat jatuh cascading. Shrug bulu putih lekat di lengan sepadan perak peeking through. Dress labuh ropol bertingkat-tingkat, Faizell Azraff. Shrug bulu, H&M. Bracelet berbatu mewah dan ring bangle, K.M Oli Mohamed. Peep toe tapak baji, Zery Zamry. 

 

 

 

 

 

 

 

 

It’s your party, you can over accessorize if you want too! Nothing screams dull dalam pilihan songket bodice cukup exquisite berhias susun dada rekaan sinonim pereka Syaiful Baharim. Ajnas bentuk dan reka cincin kemas di jari, K.M Oli Mohamed. Subang gewang jatuh, H&M. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.