Dec 03, 2014 - 1

Editor Fesyen InTrend Bersama Deanna Ibrahim Di Landon

Bilang Editor Fesyen pada Deanna Ibrahim pagi itu, ruang tamu diolah menjadi tempat mulakan solekan, pasca tiba di apartmen, Deanna teruja bersalam dan berpeluk sama semua yang ada.

15 Basil Street, Kensington!
dsccwec.jpg
Bilang Editor Fesyen pada Deanna Ibrahim pagi itu, ruang tamu diolah menjadi tempat mulakan solekan, pasca tiba di apartmen, Deanna teruja bersalam dan berpeluk sama semua yang ada. "Orang fesyen Malaysia di London! Kalau di KL, jarang benar bertemu dan melepak, siapa sangka London jadi medan kita hang out,” ujar Deanna ceria sambil disolek. Lebih 12 minggu di kota London, Deanna Ibrahim kembali semula setelah ditawarkan oleh Agency Zone Models mahu dia kembali on their books.

"Tidak mudah untuk berada di tempat orang dan mencari kerja, but I am blessed kerana mereka agak tertarik sama kita apabila bilang we are from Asia. Bagi mereka wajah Asia adalah bangsa Cina sahaja, to them we are exotic...” InTrend sudah beberapa kali bekerja sama Deanna tatkala di Kuala Lumpur, apabila ditawarkan ke London untuk rakaman fesyen, Deanna was the first one untuk kami hubungi lantas terus mengunci tarikhnya. Jadualnya tidak begitu lapang, punya banyak go-sees yang harus dihadiri.
rcvwecfwecwe.jpg
"Bangga juga apabila melihat model-model Malaysia makin aktif mencipta nama di sini, kita punya Atikah, Sheena Liam, Tuti dan tidak lama lagi Angie Ng juga bakal turun ke mari, sangat teruja bikin nama Malaysia terkenal.” Tamat saja di meja solek, team InTrend mula mencari lokasi, mahukan something fun, young dan tidak terlalu typical, lantas Deanna sarankan kami ke East London, melihat Bricklane yang menjadi satu tujuan cukup cool dan hip. "Agensi mahu D kekal untuk Musim Sejuk, namun belum bersedia mahu sambut musim yang dingin amat itu, perjalanan daripada apartmen model ke kota London ambil masa lebih 45 minit, D tidak tahan salji,” ujarnya kala kami duduk

berborak sambil menjamah Fish & Chips di Convent Garden pasca tamat rakaman. What a great experience for all of us.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: