Jun 26, 2015 - 1

Hatta Dolmat Beri Nama Koleksi Raya Sempena Nama Para Nabi & Rasul

Hatta Him Raya ini diberikan nama nama indah oleh Para Nabi dan Rasul Rasul seperti Jubah Yusuf, Jubah Muhammad,


 
Setiap tahun, Koleksi Raya Aidilfitri Hatta Dolmat telah menjadi satu fenomena di dalam industri fesyen tanah air. Untuk koleksi Hatta Dolmat Raya 2015, Hatta Dolmat telah mempamerkan dua rangkaian koleksi di bawah penjenamaan Hatta Dolmat Raya 2015. Kedua dua koleksi berkenaan adalah Hatta Him Raya dan Hatta RTW. Koleksi Hatta Him Raya menampilkan beberapa seleksi rekaan jubah dan kurta yang sesuai untuk digayakan di pagi Syawal.
 
Lebih menariknya, apabila koleksi jubah dan kurta Hatta Him Raya ini diberikan nama nama indah oleh Para Nabi dan Rasul Rasul seperti Jubah Yusuf, Jubah Muhammad, Jubah Adam, Jubah Daud, Jubah Nuh dan sebagainya. Bagi koleksi Hatta RTW pula, Hatta Dolmat menampilkan rekaan ekslusif dan elegan khusus bagi mereka yang gemar untuk tampil eksklusif di pagi lebaran bermula dari potongan kurung moden hingga ke jubah muslimah. Menurut Hatta lagi, atas pemerhatian yang beliau lakukan, beliau mendapati bahawa busana muslimah kini cukup mendapat tempat di hati penggemar fesyen tempatan. Warna warna yang melambangkan kegungan dan kemewahan menjadi seleksi utama pereka tersohor ini, antaranya warna maroon, biru gelap, hitam dan beige. Di samping itu, penggunaan fabric lace, satin, neoprene dan heavy crepe adalah pilihan fabric terbaik ketika di musim perayaan bersesuaian dengan kondisi  cuaca di Negara kita. koleksi Hatta Dolmat Raya 2015 adalah lebih terhad dan lebih ekslusif bermula dari harga MYR419.00 sehingga MYR600.00.
 Keknis_solem-4.jpg
Bagi mereka yang ingin mendapatkan busana indah daripada Koleksi Hatta Him Raya 2015, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di laman Instagram Hatta Dolmat iaitu @hattadolmat_ atau hattadolmatofficial, laman Facebook hattadolmat.hdc atau laman Twitter Hatta Dolmat iaitu hattadolmatHDC. Bagi mereka yang ingin menghubungi terus ke talian Hatta Dolmat, mereka boleh dial terus ke nombor :
 
+60188897188 atau +60187792198.
 
Anda juga boleh berkunjung terus ke butik Hatta Dolmat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
Keknis_solem-11.jpgKeknis_solem-14.jpgKeknis_solem-15.jpgKeknis_solem-16.jpgKeknis_solem-17.jpgKeknis_solem-19.jpgKeknis_solem-21.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: