Aug 18, 2015 - 7

[VIDEO] Temu bual kumpulan K-Pop popular SISTAR duta baru Skechers

#OLEH : Rosie Haslinda Nasir secara langsung dari Korea

OLEH : Rosie Haslinda Nasir


SATU-SATUNYA KUMPULAN K-POP KEGILAAN DUNIA, SISTAR, BAKAL MENGGONCANG MENYIMBAH WARNA PADA DUNIA FESYEN. YA, SISTAR KINI MERUPAKAN DUTA RASMI SKECHERS!
efwqdwq3d.jpg
Jadi ya, selepas satu panggilan telefon dan dua lembar e-mel daripada pihak Skechers Malaysia, InTrend Malaysia mengesahkan kehadiran untuk temu bual eksklusif bersama bintang nyanyian K-Pop terhangat masa kini, kumpulan SISTAR! Program temu bual eksklusif ini dirangkum bersama peluang menyaksikan proses di balik tabir fotografi kempen terbaru Skechers bersama kumpulan SISTAR. SISTAR diberi mandat untuk memasyhurkan kempen Skechers peringkat Asia Pasifik selama setahun. Diberitakan bahawa kasut Skechers D’lites (bakal masuk ke pasaran Malaysia), merupakan kasut Skechers terlaris di Korea, saya percaya sudah tentu gelombang obsesi terhadap D’lites ini sedikit-sebanyak dipandu oleh populariti hebat kumpulan SISTAR. InTrend berpeluang menemu bual kumpulan SISTAR secara eksklusif dan menyaksikan sendiri proses pengggambaran kempen terbaru Skechers yang dilangsungkan di Seoul, Korea.
edfwqdw.jpg
 
KATA PRESIDEN SKECHERS, HONG KONG & ASIA TENGGARA
picture-sadas-(1).jpg
“Kami berasa teruja dengan kesempatan ini, berada di Korea untuk menyaksikan sendiri penggambaran kempen Skechers bersama duta Asia Pasifik terbaru kami. Tidak lain dan tidak bukan – bintang K-Pop terkenal pujaan seluruh dunia, kumpulan SISTAR. SISTAR adalah pilihan paling tepat untuk mewakili energi jenama Skechers. Dengan suara merdu lagi memukau, gerak tari koreografi dinamik, stail dalam kelasnya tersendiri serta personaliti unik; ternyata inilah ‘kualiti bintang’ yang kami cari-cari apabila membicarakan tentang karisma seorang bintang Skechers. SISTAR bakal menyerlahkan lagi imej mereka dengan adunan gaya dinamik Skechers ke dalam kempen-kempen pemasaran. Antara koleksi terpilih Skechers yang diraikan dalam kempen bersama SISTAR adalah Koleksi Skechers D’lites dan Skechers Performance Apparel, juga kasut daripada rangkaian GOwalk3, GOrun dan GOrun Ultra 2. Saya mengalualukan semua peminat Skechers di Malaysia, lama dan baru, untuk meraikan gaya hidup aktif dan dinamik ini bersama SISTAR.” – Vincent Leung, Presiden Skechers,
Hong Kong dan Asia Tenggara. 


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: