May 24, 2019 - 173

Dah Pilih Baju Raya Ke? — 25 Baju Raya Selebriti Boleh Jadi Inspirasi Tahun Ini

Belum terlewat untuk plan baju raya yang akan tiba 12 hari saja lagi. Jenguk idea baju raya selebriti yang di sini. Mana tau ada yang berkenan.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Tema: Dokoh

Majlis: Tayangan Perdana Program Astro 2019

 

 

1. Fauziah Latiff

Gaya klasik Kak Gee menyerlahkan kewanitaan Melayu aslinya. Kebarung yang disarungkan itu dari tajaan Zang by Shafiqah yang dipadankan sama kain batik dan dokoh tiga tingkat dan lengkap bergelang kaki tembaga.

 

 

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

 

2. Farah Nabila

Mengenakan kebaya moden yang diberi nama Nabiela rona emas krim daripada kolaborasi Altelia Amani X Starvilion. Daripada material kain brocade menjadikannya terletak cantik pada tubuh.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

3. Sharifah Shahora

Pelakon senior ini mengenakan kebaya pendek rona ungu pekat yang katanya pemberian kawan baiknya, Anne Abdullah dari RCKW. Sederhana dengan padanan dokoh dan subang bulat.

 

 

Sharifah Shahora

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

 

4. Hani Fadzil

Penyampai ERA, Hani memilih kebaya jarang padanan kain batik yang dibeli dari Bali. Baju kebaya dibeli siap jahit manakala kain batik lepas ditempah jahit di sini. Katanya, menambahkan elemen retro cermin mata bujur digayakan.

 

 

Hani

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

5. Awal Ashaari

Tak tampan bukan Awal lah. Menggayakan baju Melayu jakel bercekak musang dengan dokoh sebagai butangnya dan samping ikatan kembung yang sajak buat Awal sebagai pengacara majlis malam itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

 

 

 

6. Azira Shafinaz

Buat host InTrend Instaraya ini, dia memilih persalinan biru putih ala cetak porcelain daripada Alia Bastamam. Manakala dandanan rambut daripada Monica dan solekan oleh Ahmad Dhani.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DeFam (@azirashafinaz) on

 

 

 

7. Ain Edruce

Katanya, “tak tahu pula ada tema” tapi tetap cantik dengan busana kundang berlisu ombak daripada Wanpa. Daripada koleksi tahun lepas yang masih kelihatan segar digayakan bersama aksesori Lovisa.

 

 

ain

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

8. Shiha Zikir

Tanpa tajaan, dari atas ke hujung kaki, sendirian berhad katanya. Gaya kasual untuk Raya, mengapa tidak? Kardigan panjang bersama seluar longgar warna merah jambu senada, tampak manis saja.

 

 

sihah

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

9. Nadya Syahera

Membeli dia untuk busananya malam itu. Kebaya moden bersekuin daripada Ikhwan Mohamad. Tampak feminin dalam salutan rona dusty pink dan tudung bawal yang diikat simple.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

 

 

 

10. Keluarga Azad

Inspirasi baju keluarga, boleh tengok gaya mereka ini. Eira Syazira memilih kebaya songket daripada Azura Couture dan solekan oleh Schanool Diva. Si kecil, Amarra turut menggayakan gaun Azura Couture manakala Pak Azad berbaju Melayu daripada Rizman Ruzaini.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

11. Amelina

Kak Long nampak klasik dengan kurung cekak musang daripada Kebarung Nenda rona mustard. Untuk tampil menyerlah, Kak Long menempah solekan daripada Jijie Zainal.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

 

 

 

12. Atikah Suhaime

Memilih tampil minimalis dengan kurung moden rona krim potongan ringkas daripada Primavalet. Solekan juga natural. Orang dah cantik, pakai simple pun nampak cantik, kan?

 

 

atikah

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

 

13. Noryn Aziz

Bergemerlapan penampilan Raya Noryn dengan gaun jemeki daripada Farah Khan yang dipadankan dengan jaket labuh. Untuk menyuntik elemen klasik, kerongsang tradisi menghiasi pinggir dada.

 

 

noryn

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

 

14. Ruhainies

Menurut si cantik comel ini, gayanya malam itu boleh terus dibawa solat Tarawih! Berjubah hitam kosong dengan sedikit perincian emas di leher dan hujung lengan. Solekan lebih gah dengan kemasan glitters.

 

 

Ruhainis

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

15. Syamel

Memilih baju Melayu cekak musang lengkap bersongkok dan bersamping songket. Nampak sajak samping itu digayakan dengan ikatan lingkup.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

16. Ernie Zakri

Penyanyi bersuara lunak ini mengenakan kurung moden Catrina daripada Mek Kembang Cotton dengan motif bunga menegak yang buat dia tampil lebih langsing dan tinggi.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri on

 

 

 

17. Ziela Jalil

Primadona Ziela Jalil memilih busana biru tua yang sedonon tudung. Baju dengan potongan kurung kedah berperincian manik di garis leher dan tengah dada buat beliau nampak anggun.

 

 

zila

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

18. Sazzy Falak & Nash Idrus

Pasangan intim ini memilih tampil senada serona kelabu. Sazzy mengenakan kebaya jarang daripada Maslea dan dokoh daripada Hijab Pin Lovers. Manakala, Nash nampaknya selesa dengan kurta ringkas.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on

 

 

 

 

19. Lisa Surihani

Lisa nampak suci manis dengan kebaya bercengkek reben di pinggang. Kebaya motif timbul rona putih krim ini rekaan daripada Aere.

 

 

lisa

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

20. Ummi Nazeera dan Suami

Kalau ada yang ingin sedondon dengan pasangan tahun ini boleh cuba rona lavender seperti Ummi Nazeera dan suaminya. Kebaya peplum berperincian di tengah baju nampak eksklusif bersama tudung floral dari labelnya sendiri, Nazeera by Ummi Nazeera.

 

 

ummie

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

21. Scha Alyahya

Sempurna seadanya penampilan Scha malam itu. Mengenakan busana pemberian Adila Long dengan top cekak musang dan seluar senteng, ada kelainannya. Solekan gincu merah oleh Cat Yong dan dandanan rambut sentuhan Juno Ko.

 

 

scha

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

22. Nora Danish

Mengenakan kurung moden daripada labelnya sendiri, Owlbynd, Nora nampak segar dan muda. Top longgar dipadankan dengan kain duyung sangat molek untuk Lebaran.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

 

 

 

 

23. Aleya Iman

Model hijab yang semakin meningkat naik ini nampak glamor malam itu. Menyarungkan busana daripada Amelia Hassan rona kelabu, sesuai ke karpet merah. Dengan perician ropol di dada langsung ke sisi tubuh.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alya Iman Azmil Mustapha (@alyimn) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.