May 18, 2018 - 18807
Teks: Vee Mukhtaram
Sumber foto: Privé Porter
BEG Birkin hasilan jenama mewah Hermés menjadi satu lambang ‘luxe’ dan standard gaya hidup mewah. Ia acapkali menjadi dambaan wanita-wanita zaman ini. InTrend meleraikan trivia mengenai beg tangan ini yang kini sedang hangat jadi bicara dalam kalangan rakyat Malaysia berharapan baru.
Ini 10 Trivia Birkin Beg yang Anda Patut Tahu
TAHUKAH ANDA SIAPA PENCETUSNYA?
Tas Tangan mewah Hermes ini diinspirasikan oleh penyanyi dan pelakon Jane Birkin yang kala itu (pada tahun 1981) duduk di sebelah Ceo jenama Hermes Jean-Louis Dumas di dalam sebuah penerbangan.
APA KAITAN BEG BIRKIN DENGAN BEG UDARA?
Sketch lukisan pertama beg Birkin ini direka di atas beg mabuk udara (air sickness bag) di dalam penerbangan tersebut kerana Jean-Louis Dumas tidak punya a sketching pad kala itu.
BERAPA LAMA MASA DIAMBIL UNTUK SIAPKAN 1 BEG BIRKIN?
Setiap beg Birkin mengambil masa lebih 48 jam untuk disiapkan dengan lengkap dan sedia untuk dijual kepada para pembeli.
SIAPA WANITA TERNAMA YANG MILIKI BANYAK BEG BIRKIN?
Victoria Beckham antara wanita yang diwar-warkan mempunyai lebih 100 koleksi tas tangan Birkin dalam ajnas warna dan fabrikasi mewah.
BOLEHKAH ANDA MENEMPAH BEG BIRKIN?
Hermes tidak menerima tempahan khas untuk beg tangan Birkinnya. Sekiranya mereka mahukan warna spesifik yang sudah kehabisan stok, maka pembeli harus menunggu rotasi produk baru.
KALAU NAK BER‘BIRKIN’ TAPI TAK MAMPU?
Tidak mampu membelinya? Oh, janganlah bersedih. Banyak laman web yang punya skim sewa beg Birkin jika anda benar-benar berminat. Harga yang diletakkan untuk seminggu dianggarkan sekitar RM1,000 malah ia didatangkan juga dengan polisi insuran yang harus disudahkan.
BEG BIRKIN PALING MAHAL DI DUNIA?
Tas tangan Birkin paling mahal yang pernah dijual adalah pada harga USD380,000 untuk matte crocodile Birkin berhias berlian dan ia telah dijual pada sebuah majlis lelongan.
Sumber foto: www.glamour.com
BERAPA BERAT BERAT BEG INI?
Berat sebuah beg Birkin kosong adalah 2 pounds (0.907 kilogram).
ANDA BERHAJAT NAK MILIKI SEUTAS BEG BIRKIN?
Teringinkah anda untuk miliki satu? Tahukah anda, Beg Birkin bermula pada harga USD8,500 (RM33,809) untuk sebuah beg basic yang bersifat hardware plain.
APA KAITAN ‘SEX AND THE CITY’ DENGAN BIRKIN?
Para peminat tegar drama bersiri terkenal ‘Sex and The City’ pasti tahu, drama terkenal ini pernah meletakkan Birkin bag sebagai satu simbol fesyen yang penting pada wataknya. Mengapa tidak jenama atau produk-produk fesyen lain? Semestinya kerana Birkin Bag menandakan satu status kemewahan dan achievement dalam gaya hidup luxe.