Aug 14, 2019 - 55

8 Stail MELETOP SHERRY ALHADAD — Masih Kekalkan #glamsquad yang Sama untuk BIG STAGE Tahun Ini?

Fresh, effortless dan on-point! Itu rumusan InTrend kala throwback OOTD hos Big Stage, Sherry Alhadad. Jom Step-UP Kembali Look Sherry Sepanjang BIG STAGE Musim Lalu

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

DEBARAN menjelang empat hari ke Big Stage, InTrend sorot kembali penampilan hosnya, Sherry Alhadad. Daripada helaian baju, dandanan hingga solekan semuanya terlihat ‘on point’. Malah Sherry yakin menggayakannya walau punya liuk tubuh eksklusif.

 

Sinonim dengan khidmat penata gaya Tymm Fatimah dan jurusolek profesional antaranya Jijie Zainal, Bosco Ryzal, Adik Zwan, jurudandan Shasya Balqisya terbukti penampilan Sherry senantiasa dinanti di hadapan televisyen.

 

Berbekalkan signature #sherrypose ayuh teropong gaya Sherry kala mengacarakan Big Stage tahun lalu.       

 

 

 

 

Minggu 1

Menyarung busana daripada pereka Khairi Sufi, penampilannya memperlihatkan tubuh lebih langsing. Cowl neck top dengan padanan sequin tulle pencil skirt rona maroon menambah aura glamor.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

 

Minggu 2

Menggayakan dress rekaan Khairi Sufi dan Faizel Azraf, rona hitam bukan sahaja pilihan selamat tetapi menyerlahkan look Sherry. Ringkas dan menawan! Solekan minimalis dan padanan rambut sleek menambah wow dalam keseluruhan penampilannya.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 3

Potongan kimono wrap rona kuning ilham Seth and Luna Studio memberi kelainan pada minggu ketiga. Sentuhan magis solekan Jijie Zainal pula menyempurnakan keseluruhan look.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 4

Sekali lagi Sherry tampil anggun dalam dress labuh daripada Amaze Atelier. Ilusi reben pada bahu menyuntik lagak glamor ditambah pula dengan solekan Jijie Zainal membuatkan look ini segar.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 5

Sherry can’t go wrong with black and grey! Gabungan fabrik metalik kelabu pada top dan skirt hitam Mode Miroljonit ini memberi ilusi tubuh Sherry lebih tinggi dan langsing. Simply fresh and effortless!

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 6

Bosco menyempurnakan solekan dengan sentuhan dramatik juga glamor untuk dipadankan dengan embroided tulle dress rekaan Faizel Azraf. Potongan assymetrical neckline dengan one sided draping membuatkan dress ini kelihatan lebih subtle juga elegan.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 7

Padanan draped overlay poly crepe top dengan high waisted lace skirt nude underlining ciptaan Khairi Sufi pada minggu separuh akhir ini terlihat sempurna membalut tubuh Sherry. Solekan yang menyerlahkan look lebih fresh dan glowing oleh Adik Zwan pula melengkapkan segalanya.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Minggu 8

Untuk finale Big Stage, Sherry menyarung navy blue liquid jacket bersama padanan silk organza mermaid skirt rona sama daripada Blancheur. Sentuhan magis Jijie Zainal dalam tatarias pula membangkitkan sisi lebih glamor dalam keseluruhan look.

 

 

Kredit foto: Instagram @sherryalhadad

 

 

 

Agak-agaknya, bagaimana ‘look’ Sherry sepanjang minggu Big Stage kali ini ya? Jangan lupa Step-UP bersama InTrend bermula Ahad ini okey!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.