Aug 24, 2016 - 343
Oleh:
DUNIA fesyen Malaysia digegarkan sekali lagi dengan fenomena koleksi eksklusif daripada penyanyi bertaraf dunia, Yuna Zarai! Penghasilan koleksi ini merupakan kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan berbakat besar, Hatta Dolmat.
Apa yang Menarik Tentang Koleksi Ini?
Semalam, kolaborasi fesyen Hatta Dolmat dan Yuna menjadi trending di laman media sosial. Kerjasama dua individu kreatif ini mencetuskan gelombang gaya millenial menerusi koleksi yang diberi nama ‘Nouva Flora’. Koleksi Nouva Flora ini membancuhkan elemen-elemen feminin, edgy, sambil memberi semangat segar buat fesyenista menggayakannya.
Menariknya, koleksi ini dihidupkan dengan elemen cetakan bunga-bungaan yang unik, penggunaan fabrik berkualiti tinggi serta padanan warna yang terang lagi bold. Menurut Yuna, koleksi ini memang direka khas buat semua wanita agar menyerlah, dengan inspirasi untuk meningkatkan keyakinan dalam berfesyen. Koleksi HattaxYuna ‘Nouva Flora’ ini menerjemahkan sifat-sifat lembut seorang wanita dalam permainan dreamy silhouettes.
Menurut Hatta, para konsumer boleh memilih sama ada mahu memiliki ceraian maxi skirt, bomber jacket atau lightweight chiffon tops dalam rona terang dan berani. Yuna amat berharap peminat dan penggemar fesyen jatuh cinta dengan koleksi ini. Kami sendiri telah menyaksikannya dan percayalah, helaian ini adalah item fesyen MESTI ADA di dalam almari anda untuk tahun ini!
10 Foto Kempen Koleksi HattaxYuna ‘Nouva Flora’ Pasti Buat Anda Terpegun
Koleksi ‘Nouva Flora” ini boleh didapati secara eksklusif di FashionValet, didatangkan dalam pelbagai saiz, dari S ke L dan harga antara RM249 ke RM490.