Jan 15, 2017 - 3578

Melayu Tradisi, Batik Jawa, Cheongsam Cina — Epiknya Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Sabrina, Memang ‘Sweet’!

Perkahwinan pereka fesyen Malaysia, Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Dato’ Seri Ismail Sabri meraikan keindahan ras dan budaya yang berbeza-beza, saksikanlah!

 

Oleh: Nurul Huda Hussain

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

SEMUA menanti detik penyatuan pasangan romantis pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Masakan tidak, melihat koleksi foto praperkahwinan mereka sekitar Paris, membangkitkan keterujaan semua penggemar jenama Jovian Mandagie.

 

Paling menarik, mereka juga adalah pasangan pengantin pertama yang menjalani upacara akad nikah di Balai Rong Seri Istana Negara Lama yang kini dikenali Muzium Diraja. Ayuh, kita imbas kembali momen indah hari bersejarah pasangan ini. 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Konsep atau tema majlis perkahwinan anda?

Kami memilih tiga konsep iaitu: 

(1) Maze garden untuk majlis pernikahan inspirasi dari taman-taman indah di istana-istana terkenal di Eropah seperti Palais De la Berbie.

(2) Melayu Tradisional untuk majlis resepsi 14 Disember.

(3) Konsep Raja-Raja Bali Jawa pada majlis resepsi 15 Disember membawa sekumpulan penari Bali dan gamelan tradisional diterbangkan khas bagi memeriahkan acara. Dekorasi juga dipenuhi hiasan kerja tangan Bali seperti penjor, gebokan dan banyak lagi.

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Kongsikan momen manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang majlis berlangsung?

 

Keseluruhan perjalanan perkahwinan kami adalah pengalaman manis bagi saya. Daripada saat saya melamar Nina hingga majlis resepsi merupakan kenangan yang tidak boleh dilupakan. 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Semuanya cukup romantis, manis dan ia adalah pengalaman yang hanya boleh dirasai sekali seumur hidup. There is no second time that you will fall in love with a person that want to call her as your wife! Saya rasa kenangan yang terindah dan paling gelisah ketika akad nikah apabila saya bersalaman dengan bapa Nina, Dato’ Seri Ismail Sabri.

 

Mendengar lafaz daripada beliau made the whole world became so blank! Alhamdulillah saya berjaya melafaz akad nikah hanya sekali sahaja. Yay!

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Berapakah masa yang diambil untuk melakukan semua persiapan?


Sekitar enam bulan perancangan untuk semua. Tetapi dengan adanya team daripada Jovian Mandagie Event sendiri, semuanya berjaya diselesaikan dengan segera. 

 

Namun sebaik mana kami rancang, banyak juga last minute details yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk memberikan kesempurnaan kepada majlis tersebut. Para vendor rata-ratanya terdiri daripada kawan saya sendiri dan alhamdulillah semuanya senang untuk diajak bekerjasama.

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Pernah bergaduh sama Nina menjelang majlis?

 

Perselisihan faham antara pasangan bukanlah perkara baharu. Ini semua adalah proses mengenali pasangan dengan lebih mendalam dan lebih erat. Kami berdua banyak berbincang untuk mendapatkan persetujuan untuk elemen-elemen dalam perkahwinan kami. Pastinya wujud sedikit perselisihan faham. 

 

Namun, Nina banyak mengalah dengan saya kerana dia mempercayai saya sebagai seorang pereka fesyen dan event designer di mana saya lebih arif dalam hal mereka busana dan dekorasi perkahwinan.

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Jika Jovian punya pilihan untuk mengubah satu perkara dalam majlis tersebut, apakah agaknya yang akan Jovian lakukan? 

Memanjangkan durasi majlis kerana apa yang kami rancang terlalu banyak dan terperinci, tetapi hanya dapat dinikmati dalam tempoh yang singkat! Tak puas!

 

Pernah amalkan petua atau pantang larang orang-orang tua sebelum berkahwin?

Tidak berjumpa dengan pasangan selama seminggu kerana pesan orang tua supaya tidak hilang seri pengantin.

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Apabila pereka fesyen sendiri yang berkahwin, adakah Jovian cerewet mereka busana buat diri sendiri dan isteri?


Ya, saya hanya inginkan yang terbaik untuk kami berdua. Banyak kali juga rekaan-rekaan yang saya reka pada waktu awal berubah mengikut perasaan yang kerap ingin memberikan terbaik bagi kami berdua. Nina cukup faham dengan keinginannya dan ia membuatkan semuanya lebih mudah mengerjakan persalinan perkahwinannya.

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Enam busana untuk semua majlis berbeza. Kongsi cerita di sebaliknya?


Pertama, pada majlis bersiram; saya dan Nina memakai batik Jawa sebagai kemban kemudian kami balut badan dengan bunga melur. Ini adalah adat Jawa diwarisi daripada ibu saya. 

 

Bagi majlis nikah, saya memakai baju Melayu tradisional menggunakan songket tenunan dari Brunei. Nina memakai dress putih songket Brunei ilham design long cape daripada French tulle dan disulam tangan dengan manik sarat. 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 



Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

 

Sebelum bersanding, majlis minum teh diadakan untuk mendapat restu ibu bapa dan saudara-mara yang lebih tua bagi menghormati adat Cina daripada bapa saya. Nina memperagakan dress cheongsam labuh daripada Chinese brocade, disulam halus dengan benang sutera dihiasi jemeki-jemeki halus serta kristal Swarovski. Saya memakai modern samfoo suit daripada Chinese brocade. 

 

Bagi majlis memotong kek, saya memakai sut tuksedo putih dan Nina menggayakan ball gown diperbuat menggunakan Italian brocade daripada Elie Saab.

 

 

Sumber foto: Jovian Mandagie 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.