Jan 17, 2017 - 9098

Gaun Malam ‘Finale’ Kiran Jassal Rekaan Rizman Ruzaini Bakal dipertontonkan, Nantikan Detik Dramatik Buat Malaysia

Jalinan indah ribuan Swarovski dan Menara KLCC. Ini antara kolaborasi bersama pereka fesyen duo Malaysia, Rizman Ruzaini. Kiran bakal mencuri tumpuan!

 

Oleh: Iqbaq Vee Azwan Mukhtaram

 

 

Sumber foto: Instagram @rizmanruzaini 

 

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

 

BERLANGSUNG kini di Filipina, The 65th Miss Universe sedang rancak dengan aktiviti-aktiviti riadah, fittings, temu bual eksklusif serta sesi beramah mesra sama kontinjen dari seantero dunia. Wakilan Malaysia kali ini adalah Kiran Jassal, 20, bakal doktor yang berasal dari Subang Jaya. Ibu Kiran — Ranjit Kaur — adalah Ms Malaysia World 2015 manakala kakaknya Ranmeet Jassal adalah wakilan Malaysia ke Miss Grand International 2016. 

 

[VIDEO] Ribuan Butir Swarovski Menyempurnakan Gaun Kiran Jassal 

 

 

 

[VIDEO] Ilham Khas Rizman Ruzaini, Inspirasi Daripada Struktur Ikonik Negara 

 

 

 

Tiga Persalinan Khas direka Untuk Kiran Jassal 

Untuk kali ini, Miss Universe Malaysia di bawah National Director, Elaine Daly telah bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini dalam menyudahkan tiga persalinan khas untuk malam finale nanti yang bakal berlangsung pada hujung Januari ini. Dua helaian tersebut adalah gaun malam dan pakaian kebangsaan.

 

>>>[KLIK DI SINI] Bagaimana ‘Boxing’ Bantu Juliana Evans Dapatkan Tubuh Cantik dan Mantap, Ini Rahsianya<<<

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

 

Gaun malam rekaan Rizman Ruzaini khas buat Kiran Jassal, hadir dalam palet rona nude dan perak, bertatah kilauan kilat pada dada dan lengan, manakala netting mewah ditemani kerlipan jemeki kilat dan perada. Gaun malam kedua Rizman Ruzaini untuk disarungkan pada malam finale dikhabarkan masih lagi menjadi rahsia dan cuma akan dilihat pada malam finale nanti. 

 

Mengabadikan Kemegahan Menara Berkembar KLCC

Helaian pakaian kebangsaan pula mengambil inspirasi daripada struktur arkitektur kemegahan negara, Menara Berkembar KLCC dalam bentuk jumpsuit rona togel yang bertatahkan ribuan butir kristal Swarovski. Formasi unik bentuk dua menara berkembar KLCC pada bahu pula dihasilkan daripada besi yang dipateri erat pada kedua-dua belah bahu sama jambatan gabungan, hadir dalam bentuk choker leher yang bertatah. 

 

>>>[KLIK DI SINI] Mereka Adalah Doktor, Peragawan dan Pelakon Filem #OlaBola, 10 Lelaki Muda Millennial Berkarisma<<<

 

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

Sumber foto: Blackpepper Production

 

Sumber foto: Instagram @rizmanruzaini 

 

 

Selamat Maju Jaya Buat Kiran Jassal dan Seluruh 'Team' yang Membawa Bendera Malaysia ke Filipina

InTrend Malaysia mengucapkan selamat berjaya buat Kiran Jassal, Rizman Ruzaini, Miss Universe Malaysia Organization di Filipina dan berharap moga tahun ini Malaysia mampu menempah kedudukan dalam carta Top 15. Siapa tahu Kiran Jassal mampu bawa pulang Crown itu ke Malaysia untuk pertama kalinya!  

 

 

Solekan Kiran Jassal: Sheila Mohamad

Foto: Blackpepper Production

Video: LH Media

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.