Apr 22, 2017 - 4500

Apa NEELOFA Bakal Sarungkan di Anugerah MeleTOP Era 2017? Ini Jawapan Pereka Busananya, Fizi Woo

Penampilan Neelofa tidak pernah yang biasa-biasa. Untuk seorang gadis berhijab seperti Neelofa, dengan bantuan pereka profesional, Neelofa membawa gelombang baru dalam gaya hijab urban. AME2017 pentas seterusnya!

 

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

 

 

 

BEBERAPA jam sahaja sebelum mulanya Anugerah MeleTOP Era 2017, hari Ahad 23 April 2017, InTrend berbual fesyen sama pereka busana malam Neelofa yakni the famous duo Fizi Woo dalam mereka persalinan paling indah buat pengacara malam mega itu nanti. 

 

InTrend:

Boleh kongsi sama InTrend ilham rekaan anda buat Neelofa di Anugerah Meletop Era 2017, what is Fizi Woo going for dalam menyudahkan persalinan Neelofa?

 

Fizi Woo:

Neelofa akan memperagakan dua pasang busana yang direka khas mengikut konsep yang telah dipersetujui, untuk baju yang pertama konsep adalah young and chic, padanan skirt tulle bersama T-shirt berserta statement slogan tees. 

 

Untuk rekaan kedua pula adalah berkonsepkan gaya malam yang lebih anggun dan glamor, "couture-ish look".

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

InTrend: 

Apa bezanya rekaan kali ini berbanding dengan sebelum ini. Boleh kongsi apa yang kena dengan tubuh genit Neelofa dan apa pula yang tidak?

 

Fizi Woo:

Setiap tahun kami di Fizi Woo cuba untuk memberikan pembaharuan serta kelainan dalam mereka busana dan stail Neelofa, kerana kami sedar bahawa Neelofa adalah seorang influencer yang amat berpengaruh dalam industri fesyen modest di Malaysia. Oleh itu stail dan padanan harus in-trend dengan trend dan stail yang dapat dilihat dari pentas fesyen dunia. Setiap kali kami menyudahkan persalinan untuk Neelofa we have to think globally, what are the impact to the industry? 

 

Kerana itu Fizi Woo cannot always play safe in terms of fashion dan kami have to go all out for her. Neelofa adalah seorang yang sangat berani mencuba sesuatu yang baru dan dia memberikan kepercayaan yang penuh kepada team Fizi Woo, jurugaya serta jurusolek. 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Untuk malam Anugerah Meletop Era 2017, Neelofa akan disolek Khir Khalid. Berbual mengenai what she can pull off or not, Neelofa yang dikenali sebagai ikon fesyen modest, maka tiap pakaian yang direka sudah tentu harus punyai garis panduan yang tertentu, contohnya penampakan silhouette badan dan sebagainya haruslah ditimbang tara. 

 

Pendek kata we have to think "creative body covering" dan ini adalah cabaran besar untuk kami dan juga stylist beliau iaitu Min Luna, oleh kerana itu idea yang ditonjolkan adalah daripada silhouette yang baru dan berani. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

InTrend:

Lastly, your favourite look yang pernah direka untuk Neelofa and why is she the perfect muse for Fizi Woo?

 

Fizi Woo:

Terlalu banyak untuk dipilih, hahaha... Kerana setiap look yang dihasilkan mempunyai jalan cerita tersendiri. Personally I love her first appearance in Fizi Woo iaitu dress yang sangat viral iaitu dress merah AME 2015. 

 

I would say kala mereka dress itu punya terlalu banyak drama dan ianya sangat puitis, you don't want to know how much effort we put on it, hahaha…

 

Pilihan seterusnya adalah midi length gown beserta crop top berwarna hitam yang diperagakan Neelofa untuk ke Anugerah Skrin 2016, it was so elegent and chic. Kami di Fizi Woo mendoakan semoga semuanya berjalan lancar buat Neelofa di Anugerah Meletop 2017 nanti. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Hasilkan Fabrik Sendiri Menjadikan SUMMERAYA Karya Unggul Rico Rinaldi

  • Seterus →

    Siapa Pakai Apa di Anugerah MeleTOP Era 2017?