Sep 08, 2017 - 836
Oleh: Iqbaq Vee Azwan Mukhtaram
MIU MIU
Fur is the hero of our tale musim yang ini, jaket bulu rona kuning terang Miu Miu, dipadu sama leggings hijau disko, H&M, boots tinggi sulam chinoiserie, Gucci. Anting-anting, subang hidung dan gelang Tamil, Rizman Ruzaini.
GUCCI
Effortless dan super laid back, kali ini kemeja-T cetak berpadu celana jalur pada kedua-dua belah sisi dihidupkan dengan subang dan gelang tangan Tamil. Sepatu, Prada. Simpai berteman netting, H&M.
GUCCI
Sporty looks uber sexy and cool dalam ritma selera fesyen Gucci, sedondon bercetak floral dan jalur signature pada sisi celana jogger. Subang hidung, Rizman Ruzaini.
MIU MIU
So, call me maybe? Dress maksi jatuh terus punya keyhole berikat pada dada is quirky dengan cetak telefon berganggang pada seluruh dress. Felt fedora rona kelabu, H&M.
BOTTEGA VENETA
Play up an understated look sama aksesori penuh gerek, dress berbutang mainan lisu kipas kemas Bottega Veneta dihidupkan dengan hias sanggul sadur emas, Rizman Ruzaini.
GUCCI
Another Gucci look yang menginjak pada selera Oriental. The new tweed jacket dalam rona merah tairu hadir sama sulam eksotik dan trimming reben. Fedora, H&M.
DIANE VON FURSTENBERG
Panel belahan kain membentuk dress labuh ajnas fabrikasi summer. Subang dempak ditatahi jemeki kilat, Rizman Ruzaini dan boot thigh-high sekuin biru, House of Doll.
DIANE VON FURSTENBERG
Dress maksi jatuh bermain cetak rona kuning terang bernatar hitam gelap Diane Von Furstenberg disudahi sama stole bulu damai rona sekeluarga.
DIOR
Baldu merah bertekstur jadi mainan Dior sama renda pada kolar dan hujung lengan. Completing the look sama beg kotak bergancu emas dan embellished strap. Subang, choker dan headband, H&M.
SALVATORE FERRAGAMO
Mainan panel pecah bersiluet ringkas beri imbuhan gaya subjektif. Top longgar rona tanah fabrik kasar berbalas skirt midi kulit punya pinggang lipat unik, stretchable band. Bunga tangan besi, Rizman Ruzaini.
PRADA
Cropped box jacket Prada fabrikasi bulu punya attachable hoodie luxe. Biarkan gaya lebih alternatif sama skirt kulit dan choker mesh, H&M. Boots, House of Doll, subang hidung, Rizman.
PRADA
Pecahan daripada essential look Prada untuk Musim Luruh/ Sejuk 2017 is impeccable. Kardigan butang oversized berhias manik jahit sama skirt panel ropol bawah daripada fabrikasi bulu kuda. Rantai dokoh, Rizman Ruzaini.
Foto: Chee Wei
Arahan Seni: Bei
Penata Gaya: Iqbaq V Azwan
Solekan: Syed Faizal
Model: Mia M @ Attitude Models & Production