Nov 29, 2016 - 1084

Sarah Raissuddin Inspirasi Wanita Bersaiz XS, #GegarVaganza3 Serlahkan Kecantikannya, Ini Buktinya

Tubuh kecilnya tidak menghalang dia tampil cantik di Konsert Gegar Vaganza 3. Apa sahaja yang disarungkan tampak sempurna dan menyerlah.

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my

 

 

Sumber foto: @sitisarahraissuddin

 

SETIAP kali kemunculannya di pentas Gegar Vaganza 3, pasti mencuri tumpuan netizen. Selain ternantikan kelunakan suaranya, penampilan Siti Sarah Raissuddin sudah pasti menangkap mata penonton di rumah atau di auditorium. 

Meskipun bertubuh saiz XS, apa sahaja yang disarungkan di tubuh Sarah pastinya kelihatan menawan. Saban minggu Sarah pasti tampil dengan pakaian yang berlainan serta mengikut konsep lagu yang akan dinyanyikan olehnya. Persalinan Sarah di pentas Gegar Vaganza 3 mendapat sentuhan hebat pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat

Kepercayaan Sarah terhadap Hatta Dolmat bagi merealisasikan ‘look’nya dipentas GV3 tidak mengecewakan. Jadi tidak harianlah jika setiap minggu Siti Sarah kelihatan anggun di pentas #GV3. Selain berbusana cantik, solekan Sarah juga mencuri tumpuan dengan hasil sentuhan halus  jurusolek kesukaan Dato’ Siti Nurhaliza, iaitu Epie Temerloh. 

Pentas Gegar Vaganza 3 bakal berakhir Ahad ini, pastinya ramai yang ingin tahu busana apa yang akan digayakan oleh Siti Sarah pada minggu akhir Konsert Gegar Vaganza Musim  ke-3. Sebelum itu, jom kita imbas fesyen paling ‘meletop’ Siti Sarah sepanjang konsert. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingat ku dalam doa mu 😊

A photo posted by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.